Saturday 7 March 2015

On Schooling Life - My Mak's Birthday

Assalamualaikum wbt,

Pada asalnya, aku fikir macam terlalu awal untuk berkongsi sisi-sisi vulnerable aku di sini. Tapi bila difikir-fikirkan semula, ini adalah antara momen-momen yang aku akan hargai nanti sebagai sebahagian daripada sejarah hidup, dan aku mengambil keputusan untuk merakam momen-momen ini.

Aku harap tidak meleret!

Semalam aku berkesempatan untuk melawat blog-blog lain, dan salah satu daripadanya ialah blog Mr. Gibb Zernow dan tertarik dengan entri tentang sambutan hari jadi ibunya di situ. Aku terinspirasi untuk menulis berkaitannya juga di sini. Terima kasih Mr. Gibb!

Hari jadi mak aku jatuh pada tarikh 27 Februari, dan tahun ini dia sudah berumur 63 tahun. Jujurnya keluarga kami bukanlah yang jenis menyambut hari jadi. Memang tak pernah berlaku dan adik-beradik aku yang lain pun tak ada yang ingat pun bila tarikh lahir mak aku. Bukan tradisi tapi kalau ada yang sambut, tak ada masalah.

Al-kisahnya, aku bercadang untuk tidak balik masa cuti Raya Cina tempoh hari untuk balik seminggu selepas itu bersempena hari jadi mak aku. Aku cuma bagitahu pelan ini pada kakak sulung aku dan minta dia rahsiakan daripada mak.

However, it happened that I didn't show up on that day! Aku hanya mampu beri alasan kesibukan kerja menyebabkan aku tidak dapat balik. Walhal, kebenarannya bukanlah begitu. Apa yang aku boleh kata, aku kini tidak berada dalam situasi terbaik dalam hidup aku dan aku tidak mahu keluarga tahu tentangnya. Kalau diikutkan, boleh saja mereka bantu aku buat permulaan ini, cuma aku rasa cukup-cukuplah nak bergantung pada mereka lagi.

Kemudian, aku kata pada kakak aku yang aku cuba untuk balik pada minggu hadapannya, dan aku tak balik lagi. 

Jadi, untuk menyedapkan hati aku maka aku pun mengambil keputusan untuk bakar kek. Red Velvet. Cadangannya nak bakar di rumah untuk sambut hari jadi mak aku. Pertama kali aku bakar kek sebenarnya. 

Kemudian aku ambil gambar dan pos di Facebook beserta nota ringkas:






Dear Mom, 

Words fail to describe my love towards you. I couldn't thank enough for your unconditional love and immensely patience. I would've not asked for a better mother than what you really are.

Mak, happy belated birthday! You know mu du'a will always accompany you journey of life, through thick and thin, rain and shine.

I love you, and will always do.

Your son,
Yem


Untuk menjadikannya lebih epik, tiba-tiba kakak sulung aku komen, "Xpelh yem...nk tunggu balik xbalik2...mak siap bgun 3am masak nasi lemak ingt anak dia sampai...malangnya ttinggal bus.."

Perasaan aku bercampur baur. Pernah tak kalian melalui situasi bila mana kalian baring dan merenung ke arah kipas yang berpusing, atau tiba-tiba terjaga daripada tidur dan datang perasaan sedih dan gelisah sehingga dah tak mampu untuk kembali menyambung tidur...

On the flip coin, I promise to myself that this is going to be my defining moment and the lifetime lesson. This is just temporary as I am heading to the right track inshaallah. 

Mohon doa semua!

Selamat menikmati hujung minggu. :)


Regards,
ME

5 comments:

  1. my mum birthday is a day earlier.. huhuhu...
    love red velvet so much...
    kau pakai frosting ape???

    btw, rugilah tak dapat makan nasi lemak mak kau. cepat balik jumpa mak, die rindu kau....

    ReplyDelete
  2. Oh sehari awal je ke. #teamfebruary all the way. haha
    Makan red velvet nak ekspres cinta kononnya. keh3. Lepas ni nak cuba buat pavlova pulak. Frosting tu guna cream cheese.

    Tbh, as far as i can remember, she NEVER masak nasi lemak utk kitorang anak beranak. Dia bukan jenis yang suka memasak, or kalau masak pon singgang (my absolute fav!) n y simple2 dengan ulam. Ore kampung.

    Aku setakat ni memang banyak je masa utk balik kampung, but as I mentioned I'm not financially at my best (or actually at my worst). Like literally broke ahaha. I know she must be missing me as much as I do. After 3yrs (or cumulatively 7yrs) away from her and now I'm still not available for her...

    ReplyDelete
  3. ok la red velvet with cream cheese... i pun ade buat... yummy..

    mak u tak rajin masak ke? huhuhu... singgang tu yang masak ikan ngan air tu kan? then letak la perasa n kunyit sikit kn? aku pernah makan masakan tu tapi tak tahu nama die...and ulam mmg feveret aku, nak2 kalau ade budu, YUM!

    kau sabar la, nanti jumpa lah mak kau tu... insyaallah.

    ReplyDelete
  4. ahaa, would love to have your version of RV tho! :)

    ya exactly that. very simple and yummy. my mom selalu tumbuk lada hidup campur garam campur ikan bilik. oh heavennnn

    Inshaallah very soon for sure. Thanks :)

    ReplyDelete
  5. Ermm.. ramai pulak mak2 blogger yg lahir bulan Feb..hihii.. my Mom pulak 2 hari awal ^^

    mcm sedap jer..nak rasaa~

    ReplyDelete