Tuesday 3 March 2015

Kembara 1: Stockholm, Sweden

Assalamualaikum wbt,

Sebagaimana idea awal aku, antara topik yang aku bercadang untuk kongsi adalah pengembaraan aku dalam menerokai realiti kehidupan dunia gay ini.

Aku memang suka mengembara, dan tidaklah bermakna setiap kali aku kembara, benda ini yang aku cari. Cuma untuk tahun ini, aku sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak keluar dari Malaysia untuk bina karier yang baru sahaja nak bermula. Setiap kali tengok gambar kawan-kawan yang pergi mengembara di Facebook feeds, mulalah aku rasa senak perut, nak muntah, sebal ulu hati, pening kepala dll (okay, tipu). Rasa nak berjalan tu akan membuak-buak kembali. 

Kenapa Sweden?

Secara faktanya, Sweden bukanlah negara luar pertama yang aku lawati. Negara yang ketujuh rasanya. Cuma aku sengaja memilih negara ini sebagai mukadimah cerita aku kerana di sinilah bermulanya penerokaan aku ke dalam dunia gay ini secara bersendirian.

Pada ketika ini aku berumur 19 tahun. Aku sepatutnya pergi bersama seorang lagi kawan, tapi semasa kami transit di Sepanyol, beg dia dicuri dan dia perlu berpatah balik. Aku pun terpaksalah pergi berseorangan. Aku nekad untuk pergi walau pun risau memikirkan bagaimana mahu meneruskan survival semasa di sana nanti. Terdapat juga beberapa sebab lain yang menjadi asas kerisauan, yang aku tak perlulah nak cerita di sini sebab nanti jadi blog travelog pula. haha

Kembali ke poin penting. Pada malam perayaan midsummer di situ (Google lah ya apa itu perayaan midsummer ni), setelah aku mencari di internet kawasan-kawasan yang biasanya golongan gay ini berkumpul, maka aku pun pergilah ke sana. Berdekatan dengan Gamlastan, antara kawasan pusat bandar di Stockholm, di sebuah restoran.

Here is the thing! Aku tak ada pengalaman dengan dunia ini secara realiti. Aku tak tahu apa yang aku mahu. Aku tak pasti apa yang aku expect. Bila aku sampai, aku pun tengok kiri kanan, perhati beberapa pasangan gay yang masuk ke dalam restoran. Untuk makan malam agaknya aku kira. Kemudian aku mati akal. Nak masuk atau tidak. Kalau masuk takkan aku nak makan di situ pula kan. Selain tiada makanan halal, harga mesti sangat mahal. Kemudian aku pun buat keputusan untuk duduk sahaja di depan restoran itu, dengan harapan kalau-kalau ada gay kesepian-dan-kepinginkan-teruna-Asia bolehlah aku ikut dia. (oh dear me, how unforgivably naive!)

Sambil-sambil aku duduk di tangga depan restoran tu, tiba-tiba aku disapa oleh seorang jejaka. Mabuk. Kami pun perkenalkan diri masing-masing (I was shivering as hell!) maka tahulah aku yang dia rupanya berasal dari Hungary. Muka ala-ala Bel Ami punya cast lol. Kemudian, dia pun dengan selambanya peluk dan kemudian cium pipi aku. Erkkk. Masa tu rapat gila, jadi aku dapat rasalah crotch dia yang dah membatu masa tu. Kemudian dia cuba nak French kiss, tapi aku tolak sebab tak selesa dengan bau arak yang kuat gila tu. 

Kemudian, dia peluk aku lagi. Kali ini lagi kuat! Dia ramas punggung aku. (oh bless...). Aku dah macam stoned je masa tu, kesedapan eh! Lepas tu, tiba-tiba dia cakap, "Aku penatlah hari ini, kalau kau nak, kita boleh jumpa esok." Dan dia pergi macam tu sahaja. Aku terpinga-pinga.

Aku duduk semula. Dalam lima minit jugalah aku duduk, sambil mengingat kembali detik-detik indah sebentar tadi, tiba-tiba rasa haus pula. Aku pun mencarilah supermarket berdekatan, hajatnya nak beli air jus. Selesai cari jus epal kesukaan aku, aku pun seluklah poket seluar untuk bayar di kaunter. Seluk punya seluk, tak jumpa pula kat poket kanan ni. Seluk pula kat poket kiri. Pun tak jumpa. Ah sudah! Ke mana pula dah pergi duit aku ni. Aku cuba ingat dan cari lagi, memang aku pasti aku letak dalam poket belah kanan.

Sah, duit aku kena kebas dengan mamat Hungary tu. 500 Krona pula tu, lebih kurang RM 250 kot (conversion zaman tu)! Sudahlah duit tu not kertas sehelai.



Aku pun terpaksalah tebalkan muka untuk batalkan pembelian. Nasib baik kakak yang jaga kaunter tu kesian agaknya tengok aku yang macam baru lepas kena sesi duduk-atas-muka-secara-berjemaah, dia pun cakap yang dia belanja aku jus tu. Oh, sungguh baik hati kau kakak. Aku pun cakaplah, "tack, ciao." dan dia pun balas, "eh ciao tu bukan bahasa Swedenlah." Aku pun sengih je. Apa-apalah kak oi!

Masa tu aku dah fikir macam-macam. Menyesal. Sedih. Yelah, sudahlah sorang-sorang kan, kemudian kena 'rompak' pula tu. Aku kalau ikutkan daripada awal lagi kononnya dah ambil langkah berjaga-jaga daripada aspek keselamatan. Aku tak bawa walet, kad bank dan sebagainya. Rupa-rupanya tak cukup selamat lagi daaa.

Waktu tu kerisauan terbesar aku adalah macam mana nak balik semula ke hotel malam tu. Namun aku masih bertegas untuk menunggu di luar restoran tu!...


bersambung... 


Tajuk akan datang: Encik Lindhal yang Budiman.


Regards,
ME


ps: Nikmatilah gambar-gambar yang sempat aku rakam dengan kamera Sony Ericsson aku. :D

A very tiny airport, around 80km from Stockholm. No immigration check point. Unisex toilets. No ATM machines, so I ended up getting a free ride to the city centre.

Mr. Ericsson - I used his invention apparently to capture his statue! What a coincident.

Gamlastan is located behind those trees. It's an old town I believe...

Was the point I took the previous picture. 

Stockholm Archipalego (not Stockholm Syndrome) - 14 islands connected to each others. Super duper cool and beyond beautiful! 


4 comments:

  1. kesian plak dengar cerita u, kene samun..

    sial punye jantan, hahaha..

    aku suke plak layout blog ni so tertarik untuk baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. At that time I was too naive tho, so the scar was quite deep. But then, bila dah besar sikit, kelakar pula bila diingat semula. ha ha ha

      I was mesmerized by his face. Like literally THE FACE. lol (and I have had crush with Eastern Europeans ever since haha)

      Aku baru sangat dengan dunia blogspot ni, dan layout ni je pilihan yang ada setakat ini. It looks classy to me. Blog 'hakiki' aku di wordpress.

      Terima kasih menyinggah dan tinggal jejak. :) Have a good day!

      Delete
    2. ok la classy, baru la ala2 english kan...

      btw, lama kelamaan maybe kau akan tinggalkan blog hakiki tu sebab hakiki is boring...

      Delete
    3. Blog hakiki tu sebenarnya dah lama tinggal dah pun cuma baru nak hidupkan semula. I suka merepek repek dalam tu esp masa ada sumber inspirasi dulu2, tapi bila dah dicerai-tanpa-talak, jadi kering idea dan tak bernafsu dah nak menulis. haha cuma sekarang bila dah sedar yang i ni memang akan forever alone, tu yang nak juga menulis - for whatever reson, in whatever genre.

      Delete