Friday 6 March 2015

Jumaat 1: Suruhan vs. Larangan

Assalamualaikum wbt,

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, aku kira apalah salahnya kan kalau aku mahu membuat perkongsian sedikit tentang ilmu Islam yang aku tahu dengan kalian. *bentang sejadah pegang tasbih semua, sekarang!*

Sumber di sini


Aku nak berkongsi tentang dua jenis ayat yang terdapat dalam Al-Quran dalam menentukan hukum yang bersifat fondisi (foundation) yang solid dalam Islam. Ayat tersebut ialah: Ayat suruhan dan ayat Larangan.  Kebiasaannya ayat sebegini datang secara ringkas, sama ada dari aspek akidah, ibadah mahu pun akhlak. Manakala solid yang aku maksudkan di sini pula adalah absolute, iaitu tiada pertikaian (BA: khilaf) lagi pada hukumnya. Kalau halal maka tidaklah haram, vise versa. Cuma pertikaian  yang dibolehkan adalah pada kaedah pelaksaannya sahaja.

Contoh mudah, dalam hal solat. Kita disuruh bersolat, akan tetapi cara pelaksanaannya tidak pula didetilkan dalam Al-Quran, Maka untuk mengetahui manualnya (BA: kaifiyat) kita perlu merujuk kepada sumber lain iaitu hadith. Manakala, untuk mengetahui pula detil pelaksaannya, kita perlu pula merujuk kepada ulama'. Dan di sinilah bermula khilaf bila mana para ulama' mula  menginterpretasi dua sumber tadi mengikut kefahaman mereka yang tersendiri.

Dan khilaf inilah yang menyebabkan kadang kala kita sebagai orang awam pening kepala. Bila mana timbul sesuatu isu, kita akan mendapati kadang kala para ulama' sendiri pun bertentangan pandangan mereka di antara satu sama lain. Kita pula sebagai orang awam menjadi keliru dan serba salah mahu mengikuti pendapat yang mana satu. Hal ini biasa, jadi jangan panik ya kawan-kawan. :)

Cara penyelesaianyya? Berfatwalah dengan hati.

Sabda Nabi saw: "Tanyalah dirimu saat kamu harus membuat pilihan (tiga kali diulang). Kebenaran itu adalah bila mana hatimu tenang dengannya, manakala dosa pula adalah apa yang mendatangkan keraguan dan kegelisahan pada hatimu, walau pun difatwakan harus* oleh ulama'." (Al-Mishkat)

*The decision in its favor - macam mana ya nak ekspresikan dalam B. Melayu. Yang memihak kepada keinginan kita, begitu?

Kembali kepada isu ayat suruhan dan larangan ini, kebiasaannya ayat suruhan akan dimulai dengan kata kerja suruhan (BA: fe'el amar). Manakala bagi ayat larangan pula biasanya akan terdapat frasa yang dimulakan dengan perkataan 'jangan' (BA: laam an-nahiah). 


SOLAT vs. ZINA

Maka, kalau kita perhatikan dalam Al-Quran, untuk ayat-ayat berkaitan dengan solat, pasti Allah datangkan dalam bentuk suruhan. TIDAK ada satu ayat pun berkaitan dengan solat datang dalam bentuk larangan, seperti "Janganlah kamu meninggalkan solat." (BA: "Laa tatrukus salaah..."). Ia pasti datang dalam bentuk suruhan seperti begini, "Dirikanlah/Kerjakanlah solat." (BA: "Aqimis salaah" -untuk seorang individu sahaja- , atau "Aqiimus salaah" -untuk plural-). 

Dalam formula fekah (BA: Al-qawaa'id al-fiqhiah) ayat-ayat yang datang dalam bentuk suruhan adalah lebih utama dan sangat perlu diambil perhatian berbanding ayat-ayat larangan.

Contoh: Suruhan bersolat vs. larangan berzina.

Tidak bersolat dan berzina kedua-duanya adalah dosa besar. Tiada pertikaian. Walau bagaimanapun, seandainya kita belum boleh lagi untuk melaksanakan kedua-duanya (bersolat dan tinggalkan zina) dan mahu memulakan langkah ke arahnya, maka apakah pilihan utama untuk kita?

Jawapannya, bersolatlah dahulu.

Hal ini kerana, dengan bersolatlah makan amalan-amalan kita yang lain akan diperbaiki oleh Allah.

"Sesungguhnya solat itu mencegah kamu daripada perkara keji dan munkar." (Surah Al-Ankabut:45)

Aduh, dah macam lecture lah pula!

Sorry sorry! :/

Begini, poin aku adalah; JAGALAH SOLAT kita. :D

Bukan apa, kadang kala kita rasa berdosa bila terlanjur berzina/liwat, tapi tak rasa apa-apa bila tinggalkan solat walau pun prioriti kita sepatutnya pada solat itu. Betul tak adik kakok abe emsem pok cik mok cik boroi semua?! Contoh lain, rasa tak bersalah bila melawan cakap ibu bapa walau pun itu termasuk dalam ayat suruhan yang utama, tapi bila bergaduh dengan pak we bukan main lagi rasa tak sedap hatinya, rasa berdosa bagaikan tak terampunkan pula. *over*

Oh, sampai di sini sahaja ya kelas kita pada hari ini. Bangun semua, thxkbai. :P

Juma'ah moubarakah à tous! On se parle plus tard. 

Allahu a'lam (Allah knows best).



Akan datang (kalau ada permintaan): Aku (Allah) adalah sebagaimana sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. 


Regards,
ME


ps 1: Having said that, nothing in my intention to indicate that committing zina/liwat is lighter than it supposed to be since it's indeed one of the al-kabaair (dosa-dosa besar) as well. I just would love emphasize the importance of performing salah - for whatever circumstances we are in - that inshallah, will eventually lead us towards becoming the America's Next Top Model very best version of us as a person/His servant.

ps 2: Nak tahu pandangan kalian tentang entri sebegini. Adakah sesuai dan boleh dicerna dalam konteks kehidupan 'kita-kita dan kita' huhuhu. Mohon komentar dan kritikan. Toce toce :)


4 comments:

  1. agree...

    memang betul, bila kita mula solat dengan niat dari hati, kita akan mampu tinggalkan larangan Allah sedikit demi sedikit...

    bagi aku la, bila aku solat dan buatnya dari hati (bukan mengerjakan solat itu sebagai rutin harian), aku akan rasa macam melancap pun malas nak buat....

    jagalah solat anda kay....

    ReplyDelete
    Replies
    1. "aku akan rasa macam melancap pun malas nak buat" - aku pun tak tahu nak insaf ke nak gelak *tasbih teburai*.

      Aku percaya kita semua pernah mengalami rasa yang sama, cuma nak kekal dalam zon tu yang mencabar.



      Delete
    2. serius, kalau aku kerjakan solat tu dengan betul2, then bile ade niat nak melancap pun niat tu macam terbatal sebab ingat Tuhan...

      Delete
    3. Faham faham. Couldn't agree more. :)

      Delete