Tuesday 24 March 2015

Kembara 3: Hercules, Tunggu Aku Datang!

Kemaskini: Gambar-gambar di Oslo. Selamat menikmati! =)




















... Rasa ingin tahu menggelegak di benak otakku. Sepanjang baki hari terakhir aku di Stockholm, aku cuma mencari sebanyak mungkin maklumat tentang sauna gay ini. 

Selesai urusan keluar daripada hostel, aku ke stesen bas untuk meneruskan kembaraku dari ibu negara Sweden ini ke Oslo, Norway.

Negara ini menggunakan mata wang Kroner juga, akan tetapi nilainya sedikit berbeza dengan Kroner Swede. Aku berada di negara ini selama tiga hari. Kali ini situasinya lebih mencabar kerana walau pun ketika itu musim panas, namun cuacanya sangat sejuk lebih-lebih lagi pada waktu malam. 

Aku yang kamikaze tidur di taman ni memang amat merana dengan cuaca yang serendah 5 darjah Celcius pada waktu malam itu. Aku mengambil keputusan untuk tidak tidur di hostel pada ketika ini kerana bajet banyak lari semasa di Stockholm yang sewa hostelnya menjadi sangat mahal disebabkan kebanjiran pelancong ketika perkahwinan Ratu Victoria. 


Langkah Satu

Ketika malam kedua keberadaanku di bumi yang kaya dengan minyak dan gas natural ini, aku memulakan misi pencarianku.

Kutelusur satu persatu lorong, dalam takut-takut, digagahi juga langkah. Sehinggalah aku temui pintu pagar yang tertulis nama HERCULES. 

Ya, itulah nama saunanya. HERCULES.

Kusangka perwira gagah Greek bakal kulawan, atau pun gasar Viking yang harus kutawan, rupa-rupanya saudara kita dari Bosnia membuka perawan.

The rest is history...


Akan Datang: Senyuman Copenhagen


Regards,
ME


p/s: Aku berada di luar sekarang. Tak dapat nak muat naik gambar. Nanti bila balik aku kongsikan gambar di sana ya, terutamanya gambar-gambar di Vigelansparken. Nantikan! 



6 comments:

  1. saya akan nantikan gambar2 yang bakal dimuat naik....

    ReplyDelete
  2. Hai Mr Gibb! Dah muat naik. :D

    tolong penuhi my request at your blog *melutut* huhu

    ReplyDelete
  3. u ade request ape kat my blog?? hahahaha

    ReplyDelete
  4. wahhh shin tunggu gambar gambar menarik.. jaga diri bebaek.. terutama kesehatan tu ek

    ReplyDelete
  5. Gibb: Request tu I letak di entri 'open letter' tu. :D

    Shin: Vigelansparken ni sangat menarik dan best. Masa zaman ni I masih belum ada proper camera/DSLR. huhuhu...it was back in 2010. Now sireh dah pulang ke gagang. hoho you too shin, take care of yourself

    ReplyDelete