Tuesday 10 March 2015

Kembara 2: Encik Lindhal yang Budiman

Waktu tu kerisauan terbesar aku adalah macam mana nak balik semula ke hotel malam tu. Namun aku masih bertegas untuk menunggu di luar restoran tu!...


Encik Lindhal yang Budiman

Sedang aku asyik dalam lamunan yang tak berpenghujung itu, tiba-tiba aku disapa lembut. 

"Hello, apa kabar?" beliau memulakan perbualan sambil menghulurkan tangannya. Aku menyambut longlai huluran tangannya, dek rasa terkejut yang masih bersisa. "Hello, aku baik-baik sahaja."

"Oh, nama aku Lindhal, dan kau?" tanyanya mesra. "Aku Ray", jawabku ringkas sambil memandang ke matanya sejenak. "Handsome juga!", getus hatiku. "Aku kira kau pasti pelancong kan?", tanyanya lagi. "Ya. Aku sudah beberapa hari di Stockholm dan akan berangkat ke Oslo esok. Backpack  seorang diri". 

Aku mula berasa selesa untuk bercakap dengannya. "Nak jalan-jalan? Sebagai orang tempatan, aku boleh tunjukkan kau tempat-tempat yang menarik di sini." pelawanya lagi. "Ya, sudah tentu!". 

Maka, akuseperti orang mengantuk yang disorong bantal pun tak menolak pelawaannya. Kami berjalan menelusuri Gamblastan (bandar lama), melalui lorong-lorong kecil yang bersimpang siur di situ, sambil dia tamah menerangkan kepadaku tempat-tempat tersebut.

Kami berhenti sekejap di satu dataran. Aku harap aku ingat apa nama dataran ini. Dia jelaskan kepadaku yang bangunan di hadapan tempat kami berdiri ketika itu ialah pejabat Perdana Menteri dan juga bangunan parlimen. Aku hanya mengangguk.

Suasana begitu hening. Jam menunjukkan sekitar 10 malam. Betapa indahnya mid summer ini kerana langit masih kelihatan cerah dan aku dapat lihat dengan jelas awanan yang menggebu di atas sana berarak perlahan. 

"Kau tahu Sweden adalah negara sekular?". "Tidak", jawabku jujur. "Oleh itu bagi kami perayaan mid summer ini adalah perayaan terbesar. Kami tidak menyambut Krismas sebagai mana negara-negara yang rakyatkan beragama Kristian. Ramai dalam kalangan kami adalah atheis. Dan kau amat beruntung kerana ke sini ketika rakyat Sweden sedang bergembira meraikan perkahwinan pewaris takhta diraja kami, Puteri Victoria. Kau tahu yang kami memilih anak sulung sebagai pewaris tahkta walau pun dia seorang perempuan?", tanyanya lagi. "Just like England right?", sampukku. "Ya tepat sekali", katanya sambil tersenyum.

Hening kembali menerobos. Kaku. Aku dapat merasakan yang dia sedang merenungku. Tajam. Lalu dia mendekatiku dan memegang tanganku...

Pejabat Perdana Menteri menjadi saksi! lol

Dia kemudian mengajakku ke kelab malam berhampiran. Ah sudah. Aku cakap jujur dengannya yang aku tidak pernah ke kelab malam dan tak minum. Dia sedikit terkejut tapi memahami. Tapi dia masih mencuba memujukku untuk mengikutinya ke sana. "Kau boleh minum Coke sahaja. Aku mahu perkenalkan kau kepada kawan-kawanku di sana". "Aku rasa aku perlu balik ke hotel sekarang kerana aku perlu bersedia untuk perjalanan ke Oslo pula", ujarku. Dia mengalah. "Tapi kalau kau berubah fikiran, datang sahaja ke sana bila-bila masa ya. My treat".

Kemudian, masa untuk pergi. Aku teragak-agak tapi terluah juga, "Aku tiada wang untuk balik ke hotel. Baru dirompak." Dipendekkan cerita, dia memberikan aku sejumlah wang untuk tambang ke hotel dan menemaniku sehinggalah bas yang aku naiki itu bergerak. Kami bertukar lamat e-mel (oh zaman itu dan e-melnya huhuhu). Sebelum berpisah dia pesan, "Di Oslo nanti terdapat sauna untuk gay. Kau boleh berseronok di sana". Kami berpisah selepas dia mengucup pipiku.

Sauna untuk gay?! Apa tu? Bermain-main di benak fikiranku sepanjang perjalanan pulang. 

Rasa ingin tahu menggelegak...


Akan datang: Hercules, Tunggu Aku Datang!


Regards,
ME


ps: Sedang berkursus sehingga Jumaat. Jadual harian bermula daripada tujuh pagi sehingga 10.30 malam.









8 comments:

  1. nice story.. sepertinya aku sedang membaca sebuah novel..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adeh, itulah yang Aku nak elak Sebenarnya. Kalau boleh Nak get over the mellow.

      Anyway hope u like it. Thanks for visiting Ya :)

      Delete
    2. hehe.. tapi best la tulisan macam ni.. klasik.. i love it.. =)

      kalau nak bag cerita detail pon best jugak hakhak

      Delete
    3. haha, kalau cerita detail sangat nanti ramai yang bangun tidur basah. =.='
      tak nak bertanggungjawab :P

      Delete
  2. oh my god,,, menarik lah kisahkau... cara penulisan pun unik macam baca buku sastera lama.... tak sabar dowh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ada sedikit konflik sebenarnya, esp in term of the details y Aku patut or tak patut cerita. Kalau ikutkan ada lg details y aku Nak kongsi, but risau sikit dgn penerimaan readers or become too much revealing bout myself

      Btw, I'm happy if u enjoy the read. :)

      Delete
  3. hi awak. first time blogwalking kat sini :D

    ReplyDelete
  4. Hello there. Thanks for visiting :)) enjoy n mohon tunjuk ajar

    ReplyDelete