Monday 2 March 2015

On People Like Us (PLU)

Assalamualaikum wbt,

Bercakap tentang isu PLU memang tak akan pernah habis. Dan aku pun tak mahulah join the wagon untuk cuba kembali mendifinisi, klarifikasi, klasifikasi, justifikasi atau sewaktu dengannya tentang terminologi PLU ini versi aku pula.

Oleh itu, pendekatan aku adalah untuk sekadar bercerita tentang sejarah hidup aku dengan perkataan PLU ini. Silakan ambil bertih jagung masing-masing, duduk, bertenang dan nikmatilah persembahan ini (literally! lol).

Seingat aku, aku mula mendengar perkataan PLU sekitar umur aku 15 tahun. Ketika itu rasa ingin tahu aku terhadap dunia homoseksual sangat membuak-buak. Jadi, aku bermula di kafe siber di kawasan sekolah aku sebagai tempat untuk aku mencari maklumat. Macam biasalah, bermula dengan kata kunci 'gay melayu' dll maka keluarlah laman-laman web sebegini dan mereka menggunakan istilah PLU sebagai merujuk kepada diri mereka. 

Aku tidaklah mempunyai pengalaman yang khusus dengan perkataan ini, dan aku pun tidak pernah ambil serius dengannya atas sebab in denial factor etc. Aku sekadar membaca blog-blog PLU yang masa itu sudah wujud dek kecenderungan diri sendiri terhadap lelaki. Namun, aku tidaklah sampai ke tahap melakukan hubungan s*** (secara konsensual) dengan siapa-siapa pada ketika itu. 

Kemudian, aku hilang dari radar untuk jangka masa yang agak panjang dan secara automatiknya perkataan PLU ini menjadi perkataan yang sangat-sangat asing pada aku. Dan sekembalinya aku ke dalam radar ini, aku masih sedang mencuba untuk menggauli kembali istilah ini di sini.

Cuma buat masa ini, sebagai orang yang baru masuk ke dalam 'gelanggang' ini - pada hemat aku, mewujudkan PLU sebagai 'satu lagi' entiti, yang sama atau seakan-akan sama dengan entiti yang sudah sedia ada, bukan sahaja tidak menambahkan spektrum diskusi dengan lebih luas dan sihat, bahkan merumitkan lagi pemahaman tentang hal ini. Lebih-lebih lagi andai topik perbincangannya hanya seputar pada perbezaan PLU dan LGBT - yang pada aku, sekadar bersifat permukaan sahaja.

Walau bagaimanapun, menyedari bahawa perkataan ini sudah pun wujud sejak sekian lama di sini, dan realitinya adalah aku berada di sini, maka istilah ini aku pasti akan jumpa lagi dan lagi. Aku sedang mencuba beradaptasi dan membiasakan diri untuk tidak berasa janggal bila ditegur dengan panggilan adik-abang, awak-saya dsb. ahaha. Secara jujurnya, masa mula-mula orang panggil aku adik contohnya, aku akan cakap awal-awal yang aku tak selesa dipanggil dengan panggilan adik, dan minta dipanggil dengan nama sahaja. 

Mungkin pada sebahagian orang akan berpandangan aku ni mengada-ngada atau tak sedar diri. hahaha. Mungkin ada betulnya juga. Cuma mungkin reaksi/sikap aku dipengaruhi oleh kondisi/situasi di sekeliling. Atau mungkin juga bagaimana aku mengenal dan berevolusi dalam dunia ini menyebabkan sikap/pandangan aku sedikit berbeza daripada kalian. Mungkin dan mungkin. 

Mohon bagi masa!  

Aku rasa cukuplah dulu tentang PLU ini di sini. Terima kasih sudi membaca. Aku tinggalkan kalian dengan video (lagi?!) daripada Kelly Clarkson, PLU. Selamat menikmati!




Regards,
ME

Ps: Arghhh, susahnya nak menulis dengan gaya santai. Lagi aku cuba lagi rigid. Kawan aku panggil aku grammar Nazi. Haihhh


No comments:

Post a Comment