Wednesday 25 February 2015

Prelude

Assalamualaikum wbt,

Tadi, sekitar pukul 3 pagi, sambil buka video lagu di YouTube, tiba-tiba tergerak hati nak mencari maklumat tentang kehidupan PLU (masih janggal dengan istilah ini btw) di Malaysia ni. Mula-mula keluar video orang berjoget di salah satu kelab yang aku pun tak ingat apa namanya, kemudian video gambar orang selfie berdua. Tak faham kenapa diakatakan sebagai pasangan gay hanya kerana bergambar berdua sedemikian.

Dek kekangan maklumat yang sangat terhad di YouTube, aku pun meng-google-lah di laman sesawang ni. Aku taip PLU Malaysia. Dan keluarlah http://di-satu-sudut.blogspot.com/ di atas sekali dalam carian tu.

Aku pun mula membaca satu dua pos dan mula melompat-lompat ke blog-blog yang lain dalam pautan yang disediakan.

Dan sekarang, tadaaa! Lahirlah blog ini! Begitu terinspirasi dengan perkongsian mereka sehingga aku pun nak mencuba-cuba menabrak ceritera hidup sendiri.

Selamat pagi. :)


Regards,

My Existence