Saturday 11 April 2015

On Grindr

Grindr. Satu topik yang sangat menarik bukan?

Aku mula ber-grindr sekitar setahun setengah yang lepas. Ketika itu aku masih di tempat aku belajar ijazah. Setelah beberapa bulan menggunakan versi asas, aku mula membeli yang extra. Masa tu duit tengah banyak gamaknya, itu yang tak fikir panjang. lol

Setelah langganan setahunku tamat sekitar akhir Februari tempoh hari, aku pun mengambil keputusan untuk membuang grindr daripada iphoneku. Sempatlah sebulan buang, lepas tu gatai pergi download semula. Ahaaaa, the temptation is irresistible! 


JENIS-JENIS ORANG

Inilah sebenarnya topik hakiki yang aku nak perbincangkan dalam entri kali ini. Grindr pada aku satu medium komunikasi yang amat random, dan sukar untuk meletak harapan tentang keberkesanannya, lebih-lebih lagi bagi yang nak mencari cinta abadi gituu...lol

Grindr boleh jadi satu medium perkenalan yang amat tidak disangka-sangka. Contohnya aku pernah berbual dengan salah seorang pereka fesyen couture terkenal di Malaysia, berjumpa dan yang paling menarik apabila akhirnya aku menjadi guru Al-Quran kepadanya. Kelakar kan?

Grindr juga mempertemukan aku dengan Andrew (aku akan ceritakan tentangnya di entri lain). Seorang warga British yang sudah dua kali berkahwin, sekali dengan perempuan dan sekali lagi dengan lelaki! Pernah memiliki pasangan warga Malaysia bernama Fadil, memiliki seorang anak lelaki yang muda setahun daripadaku. Hot! lol. Kami sangat cepat mencipta connection. Starbucks Stratford City menjadi saksi pertemuan pertama kami...

Grindr juga menemukan aku dengan salah seorang daripada ahli lembaga tertinggi di Royal Albert Hall London.

Grindr juga menemukan aku dengan I-don't-know-who, yang tinggal di kawasan fancy di Canary Wharf, London (macam Wall Streets di New York).

Grindr juga menemukan aku dengan tukang urut tantra yang super sensual, dan sehingga ke hari ini selalu menghantar video dia j/o. hahaha

Grindr juga menemukan kembali aku dengan stranger yang aku jumpa di negara lain. Kisahnya, aku mandi di hamam (rumah mandi terbuka) dan terlihat kelibat seorang Caucasian di situ. Tapi tidaklah kami bertegur sapa. Blond. Nak dijadikan cerita, semasa aku ke Barcelona, boleh pula terjumpa profil dia! Aku pun perkenalkan diri, dan dia surprisingly ingat aku! lol this is the ultimate coincident lah pada aku. (entri lain) hahaha

Grindr juga menemukan aku dengan sweet talkers. Unfortunately, almost all of them are either married or taken. Aku pun tak faham kenapa mereka di grindr at the first place.

... dan yadda yadda yadda.

Banyak lagi pengalaman yang berlaku disebabkan aplikasi ini. Yang pedih-pedih tu aku malaslah nak cerita. Aku percaya kalian pun pasti banyak mengalami kisah-kisah sebegini. Yang lagi menarik dan mengancam nyawa. hahaha

Cuma, insan yang terbaik pernah aku jumpa masih lagi di PR. It was magic. Berlatar belakangkan La Al-Hambra setiap kali tingkap dibuka, nama rumahnya Casa del Beso (House of Kiss), berpimpin tangan di senja Albaycine, sambil mendengar tarian Flamengo di rumah-rumah orang Sepanyol. Oh, yang ini kena buat entri lain juga ni. 

Casa del Beso - where the magic happens!


Regards,
ME





13 comments:

  1. International.. #merecik #tercampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, nak buat macamana adam, baru nak explore malaysian market ni ha.

      Delete
  2. grindr or pr ke, same je...

    online relationship pada diri aku never last long. baik sama ada berkawan, berkapel, atau berskandal.

    permainan mata jugak paling berkuasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gibb, for almost everyone yang I tanya ttg hal ni, semua so far cakap kena jumpa berdepan, atau via orang tengah. Online app will never work. :/

      Masalahnya macamana I nak mulakan pencarian off line ni hahaha? *feeling innocent*

      Delete
  3. Aku setuju dengan Gibb tapi best sebenarnya join gay apps ni,macam-macam perangai manusia kita boleh jumpa...part tu yang yang paling aku suka.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. agree.. aku pun suke gak, n kadang2 terjumpa muda mudi yang desperate, teringat plak time aku mula2 dulu...

      Delete
    2. Ahaa, part kenal perangai manusia ni mmg aku sangat2 bersetuju. Aku nak tulis the 2nd part lah. Macam2 jenis orang :D

      Delete
  4. Replies
    1. orang yang hot kebaboom macam shin ni mana perlukan grindr. I nidah bergrindr pun tak laku lagi. acaner tu

      Delete
  5. Wah curlast.. High profiles..

    Aku penah ada grindr but hanya berfungsi sebagai "look around" je. Dah puas look around then delete. Haha. #virginityrules

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, tu yang high profiles. Yang tak high profile tu tak tergamak nak dikisahkan Nov. hahaha

      Untungnya i dapat bercakap dgn org virgin. ahaaaa, kadang2 i jadi kaunselor cinta dalam grindr ni. Well, even tho i pun tak pernah berpunya lol

      Delete
  6. Perghhhh siap upgrade Grindr bagai. HAHAHAH
    Untunglaaa study overseas. Mesti meriah Grindrville di sana.

    btw, first time melawat blog kau ! Nak follow takda button follow pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha, itulah kan. Lepas upgarde tu macam tak banyak pun ads on nya. Mahal siot. tbh, kalau yang memang into Asian memang syok, tapi banyak je ayat 'NO ASIAN'. 'NO PINOY'. lol

      Boleh ke buat button follow tu. Sorry aku memang noob gila bab2 ni. haha

      Btw terima kasih sudi menyinggah

      Delete