Saturday 18 April 2015

On Grindr Edisi II

sambungan kisah di grindr... 

Selamat menikmati!


1. Kebelakangan ini, aku banyak menghabiskan masa di universiti-universiti di sini. Selain daripada membuat sedikit survey untuk sambung pengajian di sini, aku juga ada beberapa klien yang perlu disantuni. Setakat ini sudah dua buah universiti yang aku pergi dan tinggal di situ untuk jangka masa yang agak panjang.

Menjadi sekadar orang luar yang datang ziarah di universiti ni banyak faedahnya. Antara yang paling ketara ialah, budak-budak situ akan tegur dan berani nak tukar-tukar gambar. hahah

Aku bertanya dengan beberapa orang budak kat sini (aku harap istilah budak ni tidak mengecilkan hati adik2 uni ya) adakah dia kenal dengan profil-profil yang wujud dalam app grindr ini. Dia kata, memang tak kenal sebab diorang tak gemar nak mendedahkan diri sesama mereka. Jadinya, akulah yang dok kumpul gambar-gambar diorang. 

Nak dijadikan cerita, ada juga yang nak buat tahi dengan aku. Mula-mula dia minta pada aku gambar-gambar profil yang dia nak kenal. Aku memang tak akan bagi punyalah kan sebab itu amanah kot. Kemudian dia boleh pula ugut nak sebarkan gambar aku kalau aku tak bagi gambar budak-budak tu.

My answer was simple, "Do it! I have yours too." *Lepas tu menggelabah*.   

p/s: Tiba-tiba geram je tengok muka comel adik-adik ni. Daddy, save me please!


2. Kisah yang ini pun agak epik juga pada aku. Korang pernah tak jumpa orang kat grindr ni yang tegur hanya untuk ajak solat? Allah Allah Allah... like literally setiap kali masuk waktu solat dia akan mesej dan kata, "Assalamualaikum, jom solat." atau "Alhamdulillah, baru lepas solat."

Masih lagi insan yang sama, entah macam mana aku ada bagitahu yang aku mencari kerja sampingan sebelum masuk belajar semula, dan dia pun kata yang tempat kerja dia perlukan orang untuk jadi trainer sebuah syarikat yang ada kaitan dengan syarikat O&G tersohor dunia.

Sekita pukul 9 malam, tiba-tiba dia mesej aku. Lepas dia kata dia baru lepas solat isya', dia tanya aku "Awak free tak esok, jam 10 pagi?" Aku pun jawab ya. Dia kata lagi, "boleh tak awak datang esok di pejabat bersama dengan resume dan sijil-sijil yang berkaitan!" 

Seriously?!

Tapi aku buat jugalah persediaan mana yang perlu. Pergi ke kafe siber cari maklumat tentang syarikat tu, print out resume dan apa yang patut.

Esoknya, aku pun pergilah interview tu. Pong pang pong pang huk hak huk hak. "Welcome aboard." kata penemuduga, "I don't know how you're going to do it, BUT on May 5th you must bring your driving license on the table!"

Okay, aku belum berlesen. kah kah kah dan mustahil aku boleh siapkan sebelum tarikh tu. Mungkin aku tolak kot kerja yang ini. Apa-apa pun, aku harus berterima kasih kepada Mr. Solat atas bantuannya. 

A dinner treat will do kan?


3. Ini pula anak saudara kepada artis berwajah Pan-Asia, yang berdarah Australia, Portugis dan Pakistan. Bekerja dengan Interpol. Ajak aku jadi teman lelakinya dan berpindah ke Australia. Dan seandainya dia diterima untuk bekerja di Amerika, aku juga perlu ikut. Pulak dah?

We talked via Skype most of the time for few hours. Jumpa sekali dan selamat jalan. hahaha, aku belum sanggup nak berlayar keluar semula, lebih-lebih lagi dengan orang yang belum benar-benar aku kenal. 

Aku jujurnya suka dia, cuma dia seakan-akan terdesak untuk berteman lelaki dan mungkin king kontol kontrol.


4. Ini pula kisah yang baru sahaja aku alami. Alkisahnya aku ternampaklah satu profil yang mem-pengsankan aku beberapa kali dan bisa meletakkan kewarasan aku ke tahap terendah. Aku yang tengah mabuk kepayang ni pun tegurlah dia *kantoi, malu*. Bagi ayat pick up line baik punya. Hahahaha. 

Sekali berjawab beb!

"I'm not P, I'm his bf L."  Kemudian dia cakap lagi, "I'm bored. Today is my birthday. P doesn't even remember that. He said he has a work trip in Thailand. But I'm not sure if he is being honest with me." *Pesta air Songkran mungkin? huhu*

L ni adalah seorang ekspatriat yang berasal dari negara samba. Muka sumpah hot tak ingat dunia. Berteman lelakikan doktor Melayu, P yang juga hot tak ingat dunia.

P pergi ke Thailand dan dia tinggalkan ipadnya di rumah L. L secara tak sengaja terjumpa aplikasi grindr dalam ipad P, dan mula membukanya. Maka, terbukalah pekong P.

Gali punya gali, dia rupanya sekarang tengah bersedih sebab selain daripada tiada ucapan selamat hari jadi, dia juga terjumpa mesej-mesej P yang menghantar gambar pedangnya kepada orang lain. Aku cubalah nak bagi the benefit of the doubt tapi dia kata, "I know very well his d***." *Erkkk, nak tengok?!*

Sekarang dia suruh aku buat siasatan dan terus berhubung dengan P melalui grindr. Start fresh. Haihh

Bagi idea boleh?

p/s: Diorang peminat tegar Mark E Miller dan Ethan. Dia kata P akan jadi Mark dan hari-hari akan ucap, "Today is a great day, and you know why, because everyday is a great day!" kepadanya, sehinggalah kebelakangan ini sudah tiada lagi ucapan sebegitu. *Syahdu* 


Tunggu edisi III!


Regards,
ME 




    

4 comments:

  1. shin pon ada kawan.. dia dah becouple.. then masa kitaorg lelepak.. leh plak bf dia on grindr.. mula mula dia cover la.. last last kantoi.. pastu terus online grindr tanpa rasa bersalah.. sian kawan shin tu.. makan ati.. tp pura pura rilex jer..

    pernah gak shin beborak kat wechat.. sesama plu.. mcm dah biasa ayat "alhamdulillah sehat".. "baru solat".. "tunggu azab" .. DLL .. kadang ayat tu dari shin.. kadang dari org yak shin chat.. hmmm bg shin.. kencederungan sex tu x mencerminkan life plu tu teruk 100%.. still ingat Tuhan.. cuma kalo plu termasuk shin ni .. paham konsep "takot" ngan Tuhan.. sure stop life plu ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. Apa yang berlaku selepas tu shin? diorang masih bersama ke? oh man, susahnya nak betul2 setia dalam dunia PLU ni ya...haihh

    Pasal Mr. Solat ni, bukan I maksudkan yang I tak boleh terima ayat sebegitu, cuma yelah, setiap kali tegur sekadar utk cakap yang dia baru lepas solat semata-mata, tidak ke kelakar. Lainlah kalau i tanya dia, 'hai tengah buat apa?" dan kemudian dia jawab, "baru lepas solat." huhuhu. Kalau macam tu make sense lah kan. :D

    Takut=taqwa. Kalau betul2 kita faham sekalipun maksudnya shin, belum tentu boleh stop PLU life ni. Rasa ni bukan datang sekelip mata, tapi datang berperingkat2. Jadi, nak kawal/kurangkan pun akan ambil masa dan berperingkat. Nak hilangkan terus, I doubt. :/ huhu

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  3. aah dorang still bersama.. tp kawan shin tu mcm lost.. duduk plak serumah.. aishh kadang nk ke shin plak kuar ngan dia je.. xmo ada bf dia sekali.. buang karen je..

    ReplyDelete
  4. aiyo, kejam betul lah dengan dunia PLU ni, That brings doubt in me so much. Kesian kot kawan shin tu nak kena facing his bf while knowing the truth. haishh

    ReplyDelete