Saturday 4 April 2015

On Being In Closet

Assalamualaikum wbt,

Aku pasti dengan kecenderungan seksualku. Aku content dengan rasa ini.

Berada dalam situasi begini, menyekat aku untuk mengekspresi rasa ini dengan tindakan dan bergerak ke hadapan. Tidak kiralah atas sebab dogma agama, stigma masyarakat mahu pun penafian diri sendiri.

Ahaaa, sebenarnya aku cuma mahu kongsikan kisah aku dengan beberapa individu perempuan yang 'melamar' aku. Ya, aku dilamar oleh perempuan. Yang bukan calang-calang. Mereka sendiri yang meminta untuk bersuamikanku. Tidak melalui orang tengah, atau keluarga.

Tapi yang kurang ekstrim sikit, ada juga yang meminta tolong daripada keluarga atau kawan-kawan sebagai orang tengah. 

Kesimpulannya, inisiatif adalah daripada pihak perempuan, bukan daripadaku.

Aku secara peribadi, tidak ada masalah dengan hal begini. Malah aku amat mengagumi keberanian dan kesungguhan mereka yang sanggup ketepikan kebiasaan masyarakat kita.

Aku pula dah siap dengan skrip yang aku simpan dalam note iPhone aku ni. Copy paste. Ayat menolak pinanganlah kononnya. ahahah


KENA PINANG LAGI

Dua hari lepas, aku dilamar lagi. 


Mungkin akan ada yang kata, eh mungkin dia main-main atau sekadar nak cuba aku. Namun, datang daripada latar belakang 'aku', kami bukan golongan yang bebas bercakap-cakap atau bergurau senda dengan jantina yang berlainan. Jaga ikhtilat (pergaulan bebas lelaki dan perempuan) katanya. Jadi, apabila sudah mula bercakap tentang perkara seperibadi ini, memberi konotasi serius. Inilah logik yang aku boleh bagi. huhu

Dan kalau dihitung-hitung, aku sebenarnya telah dilamar oleh perempuan, atau dengan inisiatif mereka lebih daripada 10 kali! Aneh kan...hahaha

Ada satu kes tu, aku berkawan baik dengan abang si perempuan ni. Bila mana dia sampaikan hajat adik dia yang mahu bersuamikan aku, aku menolak. Sejak daripada peristiwa itu (sekitar 2012), dia tidak lagi bertegur sapa denganku. Aku cuba untuk berbaik, ucap selamat hari jadi dll tapi tak pernah dijawab. Dia cuma cakap, baru dia sedar yang aku tak sekufu dengan keluarga mereka. Taste aku tinggi etc... pedih wooo

Satu lagi kes, jiran (pon bolehhh) aku nak jodohkan cucu dia dengan aku. Hasrat itu mak aku sampaikan semasa aku belum tiba di Malaysia lagi. Kami sangat rapat sebelum ini. Sekarang semuanya berbeza. Emakku tidak lagi ke rumahnya. Aku rasa mereka dah tak bertegur sapa. Emak aku tak pernah langsung petik semula hal ini. 

Harga sebuah silaturrrahim...


INFERIORITI

Hakikatnya, diri aku sendiri yang inferior. Aku belum pandai mengasihi perempuan. Dan aku percaya aku tak boleh untuk hadirkan rasa itu.

Duduk pula dalam almari, lagi memburukkan keadaan. Seandainya aku mampu katakan yang aku ini gay, sekurang-kurangnya mereka akan terus berhenti berharap! Tiga orang daripada mereka cakap, mereka sanggup tunggu aku, kalaulah masa (aku bagi alasan menyiapkan master) menjadi sebab penolakanku. Bukan mudah bagiku untuk menolak, atau lebih tepat lagi menghampakan mereka. 

Kalaulah mereka tahu kenapa...


MENCUBA

Jangan kata aku tak pernah mencuba. Bahkan, aku sekarang masih mencuba. Dia public figure. Satu Malaysia kenal. 

Aku tengah mencari alasan untuk menghentikannya. Sekali lagi. :|



Regards,
ME

  

6 comments:

  1. Buat skrip ala2 cite lelaki upahan.. ?

    ReplyDelete
  2. eh Adam!! been awhile laaa...update2 :D baru tadi stalked your blogs (termasuk yang access denied tu, hampa).

    Skrip shahdu. Playing a victim card hahaa

    ReplyDelete
  3. Hi..saya lelaki dalam almari..awak sebut nama saya tadi?..ekekeke..

    kalau aku datang melamar ko terima tak?hahaha...gurau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku mention lelaki dalam almari memang intentionally untuk dapatkan proposal drpd en Kamen,

      My answer is always be YES, I DO. *kompang*

      Delete
  4. x lemas ke dok dlm lemari.. gelap lak tu.. ada Ju-On.. meh kuar lepak ngan shin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lemas shin =.='. Dahlah i ni asthma. Selalu bawak healer ke mana2. Lainlah kalau shin nak kongsi oksigen. *p* ahahhaa

      Delete