Monday, 9 January 2017

Re-Hye! Update

Assalamualaikum dan apa kabar semua,

Harap semua yang membaca blog ni sihat sejahtera. Aku sebenarnya tergerak hati nak update blog ni bila tadi tiba2 teringat blog-blog PLU yang aku selalu baca esp masa tahun lepas. Masa baru2 balik Malaysia, belum ada kerja. Masa terlampau banyak sampai tak tahu nak buat apa. Ceh konon.

Antara perkara yang menggembirakan aku adalah mereka (most of them) masih lagi aktif sampai sekarang. What a comfort! http://kasyafnuman.blogspot.com/http://lelakidalamalmari.blogspot.com/ dan beberapa blog lagi yang super duper inspiring.

Satu lagi aku rasa nak tukar nama blog ni lah. derap-kehidupan macam terlampau serius lah pulak. Macam kau tengah dalam journey nak siapkan tesis ph.D walhal kau asyik cerita pasal jantan yang kau taste je kan. Jadinya, without further ado, aku nak re-introduce my blog sekali lagi:

www.laki2laki.blogspot.com

Kena dengan tema aku rasa. huhuhu

Apa lagi update yang aku nak cerita ya? hummm

1. Travel - 2016 aku tak berapa nak travel sangat sebab macam busy je/short of funds obviously lol. Aku ke Singapore and that's all. Jeles aku tengok Shin asyik travel je. :( http://budak-shinchan.blogspot.com/

Nevertheless, aku banyak juga keluar atas urusan kerja. Oh ya, lupa nak cerita yang aku dah ada kerja, dalam bidang teknologi. Dan aku dah berhenti dah pun. Aku jadi salesman je. Jual jadah apa tah. Kerja aku ni memang menjual je dan aku ditugaskan untuk jaga few countries i.e. Indonesia, Brunei, Middle East particularly Egypt dan U.A.E (because of my background in Arabic i guess), so banyak lah ke sana. Boring kan kan!?

So aku berhenti kerja dan now aku boooom. Lari lagi keluar dari Malaysia. Tapi makin hari makin rindu Malaysia. 

Okay, macam sangat berterabur cerita aku kan. Aku tak tahu nak mulakan daripada mana dan di mana. Hahaha

Apa2 pun, terima kasih kalau ada yang baca blog ni. Doakan aku.


Regards,
ME



Wednesday, 9 September 2015

My Agony

Dear F,

As last night we're in the car, I couldn't stand any longer from keeping this particular 'secret' that I've been hiding for quite some time. A secret, something that I don't normally have - when it comes to dealing with you.

So that I threw everything before you. For a clear reason. I felt GUILTY.

I thought it was the right time, assuming that you had already moved on your life from the unfortunate occasion. But it turned out sour and I could understand the disappointment.

However, I don't know in what manners the explanation were given and how many information were correctly stated, and since it's admitted that the chronology was not well-understood, it wouldn't be a surprise then when it turned out to be a catastrophe. I wonder how the contexts were explained - till they were misinterpreted big time.

Then nah, calling out the other - and it happened to be me, as the factor of this upset-turned-into-disappoinment-into-sour-grapes saga is unheard of. Everyone is aware of their situation and status, and should understand and act accordingly. Even if HE wants to do things behind your back, then what's wrong with that? The world knows his status.

And because of our mutual understanding, we agreed to revise the direction of the situation. It's called RESPECT.

AND YOU'RE STILL UPSET?

You knew since the day one how supportive I had been towards you guys to be together - and had it been a successful one, I would've never dare to even recall this issue. Ever.

The consequences is that the other person will likely be thinking that I am the instigator. Or I'm the masterpiece behind this conspiracy. Well, nonetheless I've got a new name anyway, ASSASSIN CHARACTER. Fortunate enough, that THIS assassin is already dead. So, be happy.

At this point, as if I were him - I would've been thinking the same way.

My apologies from the bottom of my heart for the damage caused by me. Knowing you both has been one of the best things ever happened in my life. To be called out this way by two of my fav people is unbearable. 


Regards,
ME








Saturday, 16 May 2015

Kembara 4: Bumi Victoria yang Menguji

Assalamualaikum semua, 

Setelah sekian lama siri kembara aku mencari jejans tergendala, hari ini aku nak berkongsi kisah aku di kota Victoria ini. Sebenarnya London ini bukanlah tempat yang asing bagi aku kerana sudah ke sini lebih daripada 10 kali sejak tahun 2008-2014. Maka terjawablah soalan adakah aku belajar di UK. Tidak. hehehe

Masa pertama kali pergi, aku beramai-ramai dan masih lagi dalam lemari paling dalam gitchu. Jadi tak adalah apa apa yang berlaku. Kemudian, selepas peristiwa di Oslo: Kembara 3, aku dah mula berani nak menggatal ke serata alam. :D

Pada tahun 2011, aku aku ke sini lagi selepas aku selesai ijazahku. Aku di sini agak lama jugalah. Sempatlah merasa tengok Putera Williams kahwin dengan Kate Melengkungton tu. Masa tulah aku banyak teroka hidup secara amnya di sana, bersendirian mencari makna dan warna dalam kehidupan sendiri, demi sebuah survival.



Apa-apa pun, mohlah mikmati gambar-gambar kota London ya. :)) Gambar-gambar ni campur, ada yang baru dan ada yang lama.

Selamat menikmati.


Abang besar Ben kala malam menjengah



Costa dan Londoner berpisah tiada

Tower Bridge

Any UCLians here? Ala, budak Malaysia yang glamour sebab buat status pasal Prof. Mathematic yang super hot tu. Haa, cari nama ni: Pietro Boselli

My weekly treats: Roasted Duck di Noodle Oodle, Bayswater


On the Royal Wed: Nothing can beat Nasi Lemak duh. Lokasi: Hyde Park

Rakyat marhaen menyambut perkahwinan Williams. Lokasi: Hyde Park

Last but not least: My selfie. :P

Banyak bebenor sebenarnya gambar kat London. Tak terupload dah. huhuhu


Regards,
ME

Sunday, 10 May 2015

Song of the Week: You Are My Sunshine

Salam all,


Minggu ini nak berkongsi lagu You Are My Sunshine, versi Copeland. Lagu ni sebenarnya aku dapat daripada perbualan aku dengan doktor P yang aku pernah ceritakan pada korang dulu. Alaa, pakwe si mamat L dari Brazil tu. huhu

Selamat menikmati.

Have a restful weekend.


Regards,
ME


Thursday, 7 May 2015

On the Chains of ... (You Name It)

Apa kabar kawan-kawan blogesfera semua!

Baik.

Amat baik.

Sangat baik.

Oh yessss!


Hidup PLU ini kalau tak dramatik, memang 'tak cukup PLU' lah kan. Aku sekarang sebenarnya tengah bergaduh (tidaklah bergaduh mulut atau mengamuk tarik-tarik rambut) dengan kawan aku, 'si dia' - (aku akan rujuk dia dengan F lepas ini).

F ini aku pernah ceritakan dalam entri surat terbuka yang aku tujukan pada A sebelum ini. (link di sini). Diringkaskan cerita, masa aku berjumpa A secara tidak sengaja dulu, aku dapati bahawa F ini rupanya berkawan rapat dengan A, while in a relationship with Z. Hence, I thought it's inappropriate for me to further my mendam berahi pada A, dan dengan jayanya aku act like aku tak taste pun kat dia, walau pun dalam hati macam nak  -----  je misai dia.

Berbalik kepada isu pergaduhan aku dan F, inilah puncanya. Sila makan popcorn dan nikmatinya. :D

_______________________________


Begini, alkisahnya si Z ni baru-baru ni bercuti ke luar negara. Lebih kurang 10 hari jugalah dia berpergian. Dia baru sahaja sampai ke sini petang tadi.

Sekitar jam 9.30 malam tadi, dia call aku. Daripada nada suara dia, aku dah dapat rasakan yang dia tengah menahan marah, atau menahan diri daripada menangis. Aku buat-buat tak faham, cuba berbasi-basi dengan bertanya kabar, tanya macam mana percutian dia, tempat-tempat yang dia lawati dan lain-lain.

Kemudian, sebagaimana agakan aku, dia pun mulakan sesi interview dengan aku.

"R (aku), I nak tanya dengan you few questions. You know, I am  loyal. And I am very particular dengan barang-barang yang I letak kat dalam rumah ni", dia bermukadimah. "Okay, apa soalannya."

"Soalan pertama, kenapa banyak sangat tuala yang dibasuh, sampai empat helai." Aku pun jawab, "Oh, I guna dua tuala tu, sebab I stay di rumah you twice. Tuala tu dibasuh everytime I balik. So baki dua lagi tu make sense lah kalau dia yang guna kan."

Dia macam berpuas hati dengan jawapan aku.

"Soalan kedua, you guys ada tak pergi beli barang groceries semasa ketiadaan I." kali ini macam serius sedikit nada suara dia. "Ada", aku jawab. "Okay, tadi masa I kemas-kemas dapur tadi, terperasan pula bil Aeon. Dalam tu tertulis yang berlaku pembelian kondom. You ada beli kondom tak?"

Oh shit, kawan aku tu memang ada beli kondom tu dan AKU TAHU! 

Aku pun pura-pura tanya, "kondom apa ya, tak tahu pula?". Man, betul tak apa aku dah cakap ni. Cuba bertenang semula, dan aku tanya dia, "You tak tanya dia sendiri ke?". "Tak sempat lagi nak bertanya." dia kata. Aku masa tu pun fikir, apa yang aku patut cakap ni. Aku bimbang tersalah cakap nanti pecah tembelang pulak kawan aku ni. Dia tanya lagi, "Are you sure you tak tahu? Maknanya dia lah yang beli kondom tu right? I dah cek jumlah kondom dalam simpanan kami, masih sama macam sebelum I pergi. Dia beli yang kotak besar pulak tu! You sure ke you tak tahu dia beli?". "Ya, I tak tahu." Dah alang-alang cakap tak tahu, teruskan jelah.

Kemudian dia kata lagi, "Make sure jangan cakap dengan F yang I call you, tanya you soalan ni dan pasal kondom ni." Aku pun jawab, "Errrr...okay-okay."

Few minutes later, aku terus contact F, "Beb, Z found out yang you beli kondom tu!". "What did you tell him?" dia tanya aku. "I cakap I tak tahu". "Tell him that you know about that, and those are yours!". 

Aku fikir balik, kalaulah aku tiba-tiba bagitahu Z yang aku tahu kewujudan kondom tu selepas dah nafikan berkali-kali, of course lah dia fikir aku cuba nak cover up this thing dan anggap aku ni tak boleh dipercayai. Jadi, aku cakap kat F yang aku tak boleh nak ubah 'keterangan' aku tu sebab nanti lagi dia akan syak bukan-bukan.

F tetap cuba untuk yakinkan aku untuk cakap yang aku tahu, tapi pada aku the damage is already done dan kalau aku mengubah cerita, keadaan mesti akan lagi buruk, dan aku akan terlibat dalam perbalahan mereka.

Then, F text aku, "No more help from me later on. And thanks. Bye." 

Diikuti dengan ini, "Remember, do not tell him anything. It's done. I'll handle this by myself. Thanks, anyway."

Aku sangat pasti dia serius.
_______________________________


F anggap Z sebagai kawan. Z pula menganggap F sebagai kekasih. Mereka masih duduk serumah, tidur sekatil. 

F dalam masa yang sama keluar dengan A tanpa pengetahuan Z. F anggap A adalah his potential future boyfriend. Bagi A pula, tindakannya untuk keluar dengan F tidaklah salah kerana F dan Z bukanlah pasangan kekasih (mengikut kata F).

A dan Z adalah kawan.

Mengikut kata F pula, Z minat A.

Aku pula kenal A tanpa pengetahuan F dan Z.

Fuh, nampak tak betapa kompleksnya  rantaian ni!

Sekarang, ditambah seorang lagi daripada kalangan kawan-kawan mereka yang sedang berkenal-kenalan dengan aku. Sudah berkahwin.
_____________________________


Aku secara peribadi menghormati kawan aku (F), dan disebabkan hal ini jugalah aku sejak dari awal lagi meletakkan tembok antara aku dan A, dan A jelas dengan perkara ini. Not even for hooking up. Sesuka mana sekali pun aku pada A lagilah tak penting, lebih-lebih lagi dengan situasi A dan F kini sedang menunggu masa untuk mendeklarasi hubungan mereka.   

Hum, aku tengah mencari ayat yang sesuai sebenarnya macam mana nak mengakhiri entri ini. Dah dua tiga kali tulis tapi macam kena 'simpan' lagi...

F.

Pada pendapat aku, adalah lebih baik dia berterus terang dengan Z tentang kondisi mereka, supaya tidaklah Z berterusan menganggap bahawa mereka masih dalam satu perhubungan monogami, if not in a relationship at all. Tak adil hanya pihak Z yang bersungguh-sungguh mempertahankan perhubungan itu, sedangkan satu pihak lagi berpoligami di luar sana.

Aku selalu cakap pada dia, tapi yelah, dengan apa yang dia miliki, dia punya kuasa memilih yang besar.

I am not judging by all mean.


Regards,
ME



Sunday, 3 May 2015

Song of the Week: Creep

Salam all,

Just found this song recently and has been falling in love with this ever since. History.


Btw, this is the cover version. I mean, probably my favourite cover version.

Have a restful weekend all!


Regards,
ME

Friday, 1 May 2015

On Gibb's Question ;)

Salut à tout!

Entri aku sebelum ini yang berkenaan dengan Andrew telah membawa kepada persoalan daripada En. Gibb yang sengaja nak fleks bisep beliau yang panas itu (mohon jangan marah) di ruangan komen yang berbunyi.


"nape tak cari jejaka malaysia je awak??"


Haaa, satu soalan yang sangat menarik dan aku membuat keputusan untuk buat satu entri tentang isu ini. 

Pada aku, pertamanya adalah disebabkan oleh situasi. Sebagai seorang manusia yang hampir sedekad menghabiskan umurnya bukan di Malaysia, dan dalam masa itu jugalah 'keluar-dari-almari' secara rasmi, dan hanya kembali ke sini tidak pun sampai enam bulan, menjadikan aku belum lagi berjumpa dengan ramai orang - PLU. Jadi, akses aku dalam dunia PLU ini amat terhad, seputar grindr dan aplikasi gay yang lain sahaja. 

Sebenarnya, hal ini sama sahaja dengan situasi semasa aku di sana. Bertemu melalui grindr, berkawan dan bila serasi, terus berkawan.


Keduanya, sikap keterbukaan. Siapa aku untuk menghukum orang, lebih-lebih lagi mengeneralisasikan satu-satu sikap dalam kepada semua orang. Cuma pada aku, menjadi gay ketika berada di luar lebih mudah dan tidak direstriksi dengan pelbagai sekatan dan juga pandangan serong orang sekeliling.

Bukanlah maksud aku menjadi satu keperluan bagi pasangan gay untuk menunjuk-nunjuk kemesraan mereka di khalayak ramai tanpa dicemuh, sebab aku sendiri meluat kalau orang nak menunjuk-nunjuk sangat yang mereka sedang dilamun cinta - tak kira hetero mahu pun pasangan jenis apa sekali pun. 

Cuma, ketiadaan ruang yang terbuka ini sedikit sebanyak menyebabkan pasangan gay tak mampu menzahirkan rasa kecintaan pada pasangannya pada waktu-waktu yang sangat memerlukan. Contohnya macam mana ya, hmmm mungkin sekadar satu pelukan pernghargaan bila dapat berita gembira. Hahaha, tak pandai nak bagi contoh sebab tak pernah bercinta keh keh keh... 


Ketiga, dan yang ini agak mengganggu aku. Keyakinan diri. Bukan tidak ada jejaka Melayu yang meruntun hatiku, tapi aku rasa yang kami tak berada dalam satu liga. Contohnya en. Gibb teeeet :P

Aku fikir aku belum bersedialah, tiada apa untuk dikongsilah, dan sebagainya. Aku berkefahaman bahawa cinta tu adalah tentang memberi. Buat masa ini memang aku belum bersedia untuk itu secara kolektif. Mungkin aku bersedia secara emosi, tapi materialnya hado. haha


Aku ada terjumpa satu video ni, yang pada aku amat menarik untuk belajar macam mana nak pikat orang yang tidak berada dalam liga kita. *wink wink*



Selamat mengambil nota!


Regards,
ME


Ps: Bagi yang pernah, dan berada dalam alam percintaan, boleh tak bagi tips macam mana untuk aku mengorat jejaka Malaya ni. hahaha, bantuan anda amatlah dihargai.