Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Saturday, 16 May 2015

Kembara 4: Bumi Victoria yang Menguji

Assalamualaikum semua, 

Setelah sekian lama siri kembara aku mencari jejans tergendala, hari ini aku nak berkongsi kisah aku di kota Victoria ini. Sebenarnya London ini bukanlah tempat yang asing bagi aku kerana sudah ke sini lebih daripada 10 kali sejak tahun 2008-2014. Maka terjawablah soalan adakah aku belajar di UK. Tidak. hehehe

Masa pertama kali pergi, aku beramai-ramai dan masih lagi dalam lemari paling dalam gitchu. Jadi tak adalah apa apa yang berlaku. Kemudian, selepas peristiwa di Oslo: Kembara 3, aku dah mula berani nak menggatal ke serata alam. :D

Pada tahun 2011, aku aku ke sini lagi selepas aku selesai ijazahku. Aku di sini agak lama jugalah. Sempatlah merasa tengok Putera Williams kahwin dengan Kate Melengkungton tu. Masa tulah aku banyak teroka hidup secara amnya di sana, bersendirian mencari makna dan warna dalam kehidupan sendiri, demi sebuah survival.



Apa-apa pun, mohlah mikmati gambar-gambar kota London ya. :)) Gambar-gambar ni campur, ada yang baru dan ada yang lama.

Selamat menikmati.


Abang besar Ben kala malam menjengah



Costa dan Londoner berpisah tiada

Tower Bridge

Any UCLians here? Ala, budak Malaysia yang glamour sebab buat status pasal Prof. Mathematic yang super hot tu. Haa, cari nama ni: Pietro Boselli

My weekly treats: Roasted Duck di Noodle Oodle, Bayswater


On the Royal Wed: Nothing can beat Nasi Lemak duh. Lokasi: Hyde Park

Rakyat marhaen menyambut perkahwinan Williams. Lokasi: Hyde Park

Last but not least: My selfie. :P

Banyak bebenor sebenarnya gambar kat London. Tak terupload dah. huhuhu


Regards,
ME

Tuesday, 7 April 2015

Kembara 4: Senyuman Copenhagen

Perjalanan malam dari Oslo membawaku ke Copenhagen, melalui bandar Malmo.

Aku tidaklah begitu mencari sauna di sini kerana keletihan sudah mula menghisap semua tenagaku. Aku pun mengambil keputusan untuk tinggal di sebuah hostel di situ.

Pertama kali aku tidur dalam dormitori yang bersaiz 50 orang! Pelbagai jantina.

Pada malam kedua, aku berbasi-basi dengan rakan sebelahku. Orang Poland, sudah mengembara selama dua bulan. Scruffy! ouffff

Kami mula berbual-bual di birai katilku. Kemudia apabila lampu sudah dipadamkan oleh ahli yang lain, kami mengambil keputusan untuk berbual di luar.

Perbualan yang pada mulanya berkisar tentang kembara mula pergi kepada hal peribadi. Yada yada dia GAY! ahakssss

A night to remember. 

Apa-apa pun, selamat menjamu mata ya :D












Di sinilah terletaknya statue the Little Mermaid - pada masa ini 'dipinjamkan' ke World Expo di Shanghai.






Saturday, 28 March 2015

On Decorating

Assalamualaikum wbt all,

Doing the interior decoration is one of the favourite things I always look forward to do. Since I don't have my real own space just yet, most of the ideas are just running through my head.

Anyhow, I still managed to do the painting and all by myself few times, during my study years and also the recent one a couple months back.

Therefore, I'd love to share with you guys how they look like. #pleasebenicetome :D



This is my first ever attempt to do painting back in 2011. The story behind this painting was, I purposely mixed the water (light blue) and oil (red) one together without knowing that they couldn't blend well. Hahaha, well i know i know, oil and water don't mix, easy logic right?! 

Anyway, I still managed to pull them out together like THAT. The blended colour was beautiful together as they became purple-ish a bit and some red strips here and there. 

AND, if you take a look at the right side, you will notice that there's texture over there. Actually I ran out of paint as they're already clotted. So I just took those clotted paints and swept them using my hands. Hahaha, the funny fact was, one time there's a guest came to my house, and he's so serious asking me what technique I used to make it look like that. Well, goreng cerita la kan... 

The window is a mess. I know. :P



These are the other parts of the room.


This is a prefabricated cabinet, made in Malaysia btw, and I sticked with some foreign coins and finally hanged it at the gray area in between the white strip.

Then I moved out...




...here. I started playing with wallpaper and it was a funny process. :)

Then, I came back to Malaysia.

And this is my first project.


 ... here.

... and here. The final one I wish. :X Moving in and out too much tho.

To be honest, the whole point here is that, I'm freaking happy that after some time, I managed to tidy up my little room! The relief is surreal.


And oh ya, I love this comfy pillow. Barcelona and its Sitges lol :P

And inquiry, please contact this number zero one nine empat empat tekan tekan tak dapat. Terima kasih. 

Have a restful weekend yalls.


Regards,
ME

Tuesday, 10 March 2015

Kembara 2: Encik Lindhal yang Budiman

Waktu tu kerisauan terbesar aku adalah macam mana nak balik semula ke hotel malam tu. Namun aku masih bertegas untuk menunggu di luar restoran tu!...


Encik Lindhal yang Budiman

Sedang aku asyik dalam lamunan yang tak berpenghujung itu, tiba-tiba aku disapa lembut. 

"Hello, apa kabar?" beliau memulakan perbualan sambil menghulurkan tangannya. Aku menyambut longlai huluran tangannya, dek rasa terkejut yang masih bersisa. "Hello, aku baik-baik sahaja."

"Oh, nama aku Lindhal, dan kau?" tanyanya mesra. "Aku Ray", jawabku ringkas sambil memandang ke matanya sejenak. "Handsome juga!", getus hatiku. "Aku kira kau pasti pelancong kan?", tanyanya lagi. "Ya. Aku sudah beberapa hari di Stockholm dan akan berangkat ke Oslo esok. Backpack  seorang diri". 

Aku mula berasa selesa untuk bercakap dengannya. "Nak jalan-jalan? Sebagai orang tempatan, aku boleh tunjukkan kau tempat-tempat yang menarik di sini." pelawanya lagi. "Ya, sudah tentu!". 

Maka, akuseperti orang mengantuk yang disorong bantal pun tak menolak pelawaannya. Kami berjalan menelusuri Gamblastan (bandar lama), melalui lorong-lorong kecil yang bersimpang siur di situ, sambil dia tamah menerangkan kepadaku tempat-tempat tersebut.

Kami berhenti sekejap di satu dataran. Aku harap aku ingat apa nama dataran ini. Dia jelaskan kepadaku yang bangunan di hadapan tempat kami berdiri ketika itu ialah pejabat Perdana Menteri dan juga bangunan parlimen. Aku hanya mengangguk.

Suasana begitu hening. Jam menunjukkan sekitar 10 malam. Betapa indahnya mid summer ini kerana langit masih kelihatan cerah dan aku dapat lihat dengan jelas awanan yang menggebu di atas sana berarak perlahan. 

"Kau tahu Sweden adalah negara sekular?". "Tidak", jawabku jujur. "Oleh itu bagi kami perayaan mid summer ini adalah perayaan terbesar. Kami tidak menyambut Krismas sebagai mana negara-negara yang rakyatkan beragama Kristian. Ramai dalam kalangan kami adalah atheis. Dan kau amat beruntung kerana ke sini ketika rakyat Sweden sedang bergembira meraikan perkahwinan pewaris takhta diraja kami, Puteri Victoria. Kau tahu yang kami memilih anak sulung sebagai pewaris tahkta walau pun dia seorang perempuan?", tanyanya lagi. "Just like England right?", sampukku. "Ya tepat sekali", katanya sambil tersenyum.

Hening kembali menerobos. Kaku. Aku dapat merasakan yang dia sedang merenungku. Tajam. Lalu dia mendekatiku dan memegang tanganku...

Pejabat Perdana Menteri menjadi saksi! lol

Dia kemudian mengajakku ke kelab malam berhampiran. Ah sudah. Aku cakap jujur dengannya yang aku tidak pernah ke kelab malam dan tak minum. Dia sedikit terkejut tapi memahami. Tapi dia masih mencuba memujukku untuk mengikutinya ke sana. "Kau boleh minum Coke sahaja. Aku mahu perkenalkan kau kepada kawan-kawanku di sana". "Aku rasa aku perlu balik ke hotel sekarang kerana aku perlu bersedia untuk perjalanan ke Oslo pula", ujarku. Dia mengalah. "Tapi kalau kau berubah fikiran, datang sahaja ke sana bila-bila masa ya. My treat".

Kemudian, masa untuk pergi. Aku teragak-agak tapi terluah juga, "Aku tiada wang untuk balik ke hotel. Baru dirompak." Dipendekkan cerita, dia memberikan aku sejumlah wang untuk tambang ke hotel dan menemaniku sehinggalah bas yang aku naiki itu bergerak. Kami bertukar lamat e-mel (oh zaman itu dan e-melnya huhuhu). Sebelum berpisah dia pesan, "Di Oslo nanti terdapat sauna untuk gay. Kau boleh berseronok di sana". Kami berpisah selepas dia mengucup pipiku.

Sauna untuk gay?! Apa tu? Bermain-main di benak fikiranku sepanjang perjalanan pulang. 

Rasa ingin tahu menggelegak...


Akan datang: Hercules, Tunggu Aku Datang!


Regards,
ME


ps: Sedang berkursus sehingga Jumaat. Jadual harian bermula daripada tujuh pagi sehingga 10.30 malam.









Tuesday, 3 March 2015

Kembara 1: Stockholm, Sweden

Assalamualaikum wbt,

Sebagaimana idea awal aku, antara topik yang aku bercadang untuk kongsi adalah pengembaraan aku dalam menerokai realiti kehidupan dunia gay ini.

Aku memang suka mengembara, dan tidaklah bermakna setiap kali aku kembara, benda ini yang aku cari. Cuma untuk tahun ini, aku sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak keluar dari Malaysia untuk bina karier yang baru sahaja nak bermula. Setiap kali tengok gambar kawan-kawan yang pergi mengembara di Facebook feeds, mulalah aku rasa senak perut, nak muntah, sebal ulu hati, pening kepala dll (okay, tipu). Rasa nak berjalan tu akan membuak-buak kembali. 

Kenapa Sweden?

Secara faktanya, Sweden bukanlah negara luar pertama yang aku lawati. Negara yang ketujuh rasanya. Cuma aku sengaja memilih negara ini sebagai mukadimah cerita aku kerana di sinilah bermulanya penerokaan aku ke dalam dunia gay ini secara bersendirian.

Pada ketika ini aku berumur 19 tahun. Aku sepatutnya pergi bersama seorang lagi kawan, tapi semasa kami transit di Sepanyol, beg dia dicuri dan dia perlu berpatah balik. Aku pun terpaksalah pergi berseorangan. Aku nekad untuk pergi walau pun risau memikirkan bagaimana mahu meneruskan survival semasa di sana nanti. Terdapat juga beberapa sebab lain yang menjadi asas kerisauan, yang aku tak perlulah nak cerita di sini sebab nanti jadi blog travelog pula. haha

Kembali ke poin penting. Pada malam perayaan midsummer di situ (Google lah ya apa itu perayaan midsummer ni), setelah aku mencari di internet kawasan-kawasan yang biasanya golongan gay ini berkumpul, maka aku pun pergilah ke sana. Berdekatan dengan Gamlastan, antara kawasan pusat bandar di Stockholm, di sebuah restoran.

Here is the thing! Aku tak ada pengalaman dengan dunia ini secara realiti. Aku tak tahu apa yang aku mahu. Aku tak pasti apa yang aku expect. Bila aku sampai, aku pun tengok kiri kanan, perhati beberapa pasangan gay yang masuk ke dalam restoran. Untuk makan malam agaknya aku kira. Kemudian aku mati akal. Nak masuk atau tidak. Kalau masuk takkan aku nak makan di situ pula kan. Selain tiada makanan halal, harga mesti sangat mahal. Kemudian aku pun buat keputusan untuk duduk sahaja di depan restoran itu, dengan harapan kalau-kalau ada gay kesepian-dan-kepinginkan-teruna-Asia bolehlah aku ikut dia. (oh dear me, how unforgivably naive!)

Sambil-sambil aku duduk di tangga depan restoran tu, tiba-tiba aku disapa oleh seorang jejaka. Mabuk. Kami pun perkenalkan diri masing-masing (I was shivering as hell!) maka tahulah aku yang dia rupanya berasal dari Hungary. Muka ala-ala Bel Ami punya cast lol. Kemudian, dia pun dengan selambanya peluk dan kemudian cium pipi aku. Erkkk. Masa tu rapat gila, jadi aku dapat rasalah crotch dia yang dah membatu masa tu. Kemudian dia cuba nak French kiss, tapi aku tolak sebab tak selesa dengan bau arak yang kuat gila tu. 

Kemudian, dia peluk aku lagi. Kali ini lagi kuat! Dia ramas punggung aku. (oh bless...). Aku dah macam stoned je masa tu, kesedapan eh! Lepas tu, tiba-tiba dia cakap, "Aku penatlah hari ini, kalau kau nak, kita boleh jumpa esok." Dan dia pergi macam tu sahaja. Aku terpinga-pinga.

Aku duduk semula. Dalam lima minit jugalah aku duduk, sambil mengingat kembali detik-detik indah sebentar tadi, tiba-tiba rasa haus pula. Aku pun mencarilah supermarket berdekatan, hajatnya nak beli air jus. Selesai cari jus epal kesukaan aku, aku pun seluklah poket seluar untuk bayar di kaunter. Seluk punya seluk, tak jumpa pula kat poket kanan ni. Seluk pula kat poket kiri. Pun tak jumpa. Ah sudah! Ke mana pula dah pergi duit aku ni. Aku cuba ingat dan cari lagi, memang aku pasti aku letak dalam poket belah kanan.

Sah, duit aku kena kebas dengan mamat Hungary tu. 500 Krona pula tu, lebih kurang RM 250 kot (conversion zaman tu)! Sudahlah duit tu not kertas sehelai.



Aku pun terpaksalah tebalkan muka untuk batalkan pembelian. Nasib baik kakak yang jaga kaunter tu kesian agaknya tengok aku yang macam baru lepas kena sesi duduk-atas-muka-secara-berjemaah, dia pun cakap yang dia belanja aku jus tu. Oh, sungguh baik hati kau kakak. Aku pun cakaplah, "tack, ciao." dan dia pun balas, "eh ciao tu bukan bahasa Swedenlah." Aku pun sengih je. Apa-apalah kak oi!

Masa tu aku dah fikir macam-macam. Menyesal. Sedih. Yelah, sudahlah sorang-sorang kan, kemudian kena 'rompak' pula tu. Aku kalau ikutkan daripada awal lagi kononnya dah ambil langkah berjaga-jaga daripada aspek keselamatan. Aku tak bawa walet, kad bank dan sebagainya. Rupa-rupanya tak cukup selamat lagi daaa.

Waktu tu kerisauan terbesar aku adalah macam mana nak balik semula ke hotel malam tu. Namun aku masih bertegas untuk menunggu di luar restoran tu!...


bersambung... 


Tajuk akan datang: Encik Lindhal yang Budiman.


Regards,
ME


ps: Nikmatilah gambar-gambar yang sempat aku rakam dengan kamera Sony Ericsson aku. :D

A very tiny airport, around 80km from Stockholm. No immigration check point. Unisex toilets. No ATM machines, so I ended up getting a free ride to the city centre.

Mr. Ericsson - I used his invention apparently to capture his statue! What a coincident.

Gamlastan is located behind those trees. It's an old town I believe...

Was the point I took the previous picture. 

Stockholm Archipalego (not Stockholm Syndrome) - 14 islands connected to each others. Super duper cool and beyond beautiful!