Minggu ini nak berkongsi lagu You Are My Sunshine, versi Copeland. Lagu ni sebenarnya aku dapat daripada perbualan aku dengan doktor P yang aku pernah ceritakan pada korang dulu. Alaa, pakwe si mamat L dari Brazil tu. huhu
Entri aku sebelum ini yang berkenaan dengan Andrew telah membawa kepada persoalan daripada En. Gibb yang sengaja nak fleks bisep beliau yang panas itu (mohon jangan marah) di ruangan komen yang berbunyi.
"nape tak cari jejaka malaysia je awak??"
Haaa, satu soalan yang sangat menarik dan aku membuat keputusan untuk buat satu entri tentang isu ini.
Pada aku, pertamanya adalah disebabkan oleh situasi. Sebagai seorang manusia yang hampir sedekad menghabiskan umurnya bukan di Malaysia, dan dalam masa itu jugalah 'keluar-dari-almari' secara rasmi, dan hanya kembali ke sini tidak pun sampai enam bulan, menjadikan aku belum lagi berjumpa dengan ramai orang - PLU. Jadi, akses aku dalam dunia PLU ini amat terhad, seputar grindr dan aplikasi gay yang lain sahaja.
Sebenarnya, hal ini sama sahaja dengan situasi semasa aku di sana. Bertemu melalui grindr, berkawan dan bila serasi, terus berkawan.
Keduanya, sikap keterbukaan. Siapa aku untuk menghukum orang, lebih-lebih lagi mengeneralisasikan satu-satu sikap dalam kepada semua orang. Cuma pada aku, menjadi gay ketika berada di luar lebih mudah dan tidak direstriksi dengan pelbagai sekatan dan juga pandangan serong orang sekeliling.
Bukanlah maksud aku menjadi satu keperluan bagi pasangan gay untuk menunjuk-nunjuk kemesraan mereka di khalayak ramai tanpa dicemuh, sebab aku sendiri meluat kalau orang nak menunjuk-nunjuk sangat yang mereka sedang dilamun cinta - tak kira hetero mahu pun pasangan jenis apa sekali pun.
Cuma, ketiadaan ruang yang terbuka ini sedikit sebanyak menyebabkan pasangan gay tak mampu menzahirkan rasa kecintaan pada pasangannya pada waktu-waktu yang sangat memerlukan. Contohnya macam mana ya, hmmm mungkin sekadar satu pelukan pernghargaan bila dapat berita gembira. Hahaha, tak pandai nak bagi contoh sebab tak pernah bercinta keh keh keh...
Ketiga, dan yang ini agak mengganggu aku. Keyakinan diri. Bukan tidak ada jejaka Melayu yang meruntun hatiku, tapi aku rasa yang kami tak berada dalam satu liga. Contohnya en. Gibb teeeet :P
Aku fikir aku belum bersedialah, tiada apa untuk dikongsilah, dan sebagainya. Aku berkefahaman bahawa cinta tu adalah tentang memberi. Buat masa ini memang aku belum bersedia untuk itu secara kolektif. Mungkin aku bersedia secara emosi, tapi materialnya hado. haha
Aku ada terjumpa satu video ni, yang pada aku amat menarik untuk belajar macam mana nak pikat orang yang tidak berada dalam liga kita. *wink wink*
Selamat mengambil nota!
Regards,
ME
Ps: Bagi yang pernah, dan berada dalam alam percintaan, boleh tak bagi tips macam mana untuk aku mengorat jejaka Malaya ni. hahaha, bantuan anda amatlah dihargai.
It has been a roller coaster week - again - for me. I am emotionally out of the world right now. I am thankful that I have this blog, so that I can release all the shit here. Oops, sorry for the smell. :P
Btw, I love this version of the song more than the original one (Keane is by all mean no less talented tho). I love the emptiness and that clean voice sounds so fragile, yet strong. Whatever.
Layan jelah, banyak cekadak pulak! :D
Have a restful weekend a tout!
Regards,
ME
Ps: I'm updating this entry using my ex-MacBook Air that I sold to a friend. I am torn.
Lagu ini sebenarnya adalah instrumental. Oleh sebab perasaan aku yang terngah berkecamuk dengan pelbagai perkara yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini, instrumen ini sangat kenalah dengan mood aku.
Last week was a grueling week for me. I had a five days course at Holiday Villa Subang and the schedule was super tight. 7 a.m. till 10 p.m. every single day.
After finishing the course on Friday, had a day off before catching the bus to balik kampung. Finally! Thus, my theme song would def be about moms and dads right? So here we are. :)
How did I find this song? I was introduced by one of my scandalsMoroccan friends about this Kiwis duo. Still dope with Bridges, one of their songs. Check them out guys! Worth listening.
Basically I could only stay at home for a short stay. I reached home around 4 in the morning and I jumped straight away into kitchen and baked Red Velvet cake. My mom still didn't realize that I was home and only when the prayer call started, she got up and went to the kitchen to find out what's about the lovely (yeke?) smell. The reaction was great and heart warming. It was a moment to treasure indeed.
We then went to a relation's wedding reception. The last wedding reception I went to was 5 years ago! Crazy right? hahaha. We reached home around maghrib time, and then I had to go to Johor Bahru for another course at KSL Hotel.
Just now reached home around midnight. phewww
Something happened, or I would say it happened to be, that my mom doesn't happy with my decision to change my career path. I don't really tell her actually what I am doing, just throwing some hints and of course she got that. I know exactly that this will happen.
On the way back home from the wedding reception, as she was sitting in front row of the seven-seated car, she started to mumble, "Kalau setakat buat kerja _____, budak darjah enam pun boleh buat. Apa guna belajar sampai ke _____, tapi penyudahnya buat kerja ni. Tahu tak _____ ni haram. and yada yada yada"
She'd prefer me working with the government, which is the last resort to me. No offence ya, it's just me not comfortable to be in that sector. :D
I just kept my mouth shut ever since till the moment of dismiss. It hit my heart so hard. One of the main reasons I really wanted to come back was - even just for a day, i'd roll out of bed in the morning -, to actually give her a love letter that I dedicatedly wrote to her.
To make the story short, I didn't pass it up to her and it's still here with me.
Therefore, to melayan my broken heart, let's enjoy crying with this next song. I love this song to bits!
Ne me quitte pas (don't leave me). A super sad song. :(
Okay peeps, it's already 2.46 a.m. and have to be at work at 8 a.m. tomorrow.
Talk to you later ya!
Regards,
ME
ps: Rasa bersalah menerjah bila aku tak mampu nak siapkan entri #tbt dan juga kembara tu. Sebenarnya raw materialnya sudah pun ditaip, tapi perlukan amendments dan aku belum punya kesempatan untuk edit. Jadi, aku akan sambung minggu ni lah. Sorry ya pembaca (kalau adalah huhu) ps2: Jangan risau, pekerjaan aku ni bukanlah haram pun. Cuma sebab mak aku ni super duper konservatif, dan dengan kekangan maklumat yang dia terima, jadi itulah kesimpulan yang dia mampu buat.
This song has been haunting my days and nights for more than fortnight already. It accompanies me to my nerve-wrecking interview session, or supposedly sessions, my endless classes, and the most important is, this becomes my motivation during my 'haunting' days for love hahaha.
Bercakap tentang isu PLU memang tak akan pernah habis. Dan aku pun tak mahulah join the wagon untuk cuba kembali mendifinisi, klarifikasi, klasifikasi, justifikasi atau sewaktu dengannya tentang terminologi PLU ini versi aku pula.
Oleh itu, pendekatan aku adalah untuk sekadar bercerita tentang sejarah hidup aku dengan perkataan PLU ini. Silakan ambil bertih jagung masing-masing, duduk, bertenang dan nikmatilah persembahan ini (literally! lol).
Seingat aku, aku mula mendengar perkataan PLU sekitar umur aku 15 tahun. Ketika itu rasa ingin tahu aku terhadap dunia homoseksual sangat membuak-buak. Jadi, aku bermula di kafe siber di kawasan sekolah aku sebagai tempat untuk aku mencari maklumat. Macam biasalah, bermula dengan kata kunci 'gay melayu' dll maka keluarlah laman-laman web sebegini dan mereka menggunakan istilah PLU sebagai merujuk kepada diri mereka.
Aku tidaklah mempunyai pengalaman yang khusus dengan perkataan ini, dan aku pun tidak pernah ambil serius dengannya atas sebab in denial factor etc. Aku sekadar membaca blog-blog PLU yang masa itu sudah wujud dek kecenderungan diri sendiri terhadap lelaki. Namun, aku tidaklah sampai ke tahap melakukan hubungan s*** (secara konsensual) dengan siapa-siapa pada ketika itu.
Kemudian, aku hilang dari radar untuk jangka masa yang agak panjang dan secara automatiknya perkataan PLU ini menjadi perkataan yang sangat-sangat asing pada aku. Dan sekembalinya aku ke dalam radar ini, aku masih sedang mencuba untuk menggauli kembali istilah ini di sini.
Cuma buat masa ini, sebagai orang yang baru masuk ke dalam 'gelanggang' ini - pada hemat aku, mewujudkan PLU sebagai 'satu lagi' entiti, yang sama atau seakan-akan sama dengan entiti yang sudah sedia ada, bukan sahaja tidak menambahkan spektrum diskusi dengan lebih luas dan sihat, bahkan merumitkan lagi pemahaman tentang hal ini. Lebih-lebih lagi andai topik perbincangannya hanya seputar pada perbezaan PLU dan LGBT - yang pada aku, sekadar bersifat permukaan sahaja.
Walau bagaimanapun, menyedari bahawa perkataan ini sudah pun wujud sejak sekian lama di sini, dan realitinya adalah aku berada di sini, maka istilah ini aku pasti akan jumpa lagi dan lagi. Aku sedang mencuba beradaptasi dan membiasakan diri untuk tidak berasa janggal bila ditegur dengan panggilan adik-abang, awak-saya dsb. ahaha. Secara jujurnya, masa mula-mula orang panggil aku adik contohnya, aku akan cakap awal-awal yang aku tak selesa dipanggil dengan panggilan adik, dan minta dipanggil dengan nama sahaja.
Mungkin pada sebahagian orang akan berpandangan aku ni mengada-ngada atau tak sedar diri. hahaha. Mungkin ada betulnya juga. Cuma mungkin reaksi/sikap aku dipengaruhi oleh kondisi/situasi di sekeliling. Atau mungkin juga bagaimana aku mengenal dan berevolusi dalam dunia ini menyebabkan sikap/pandangan aku sedikit berbeza daripada kalian. Mungkin dan mungkin.
Mohon bagi masa!
Aku rasa cukuplah dulu tentang PLU ini di sini. Terima kasih sudi membaca. Aku tinggalkan kalian dengan video (lagi?!) daripada Kelly Clarkson, PLU. Selamat menikmati!
Regards,
ME
Ps: Arghhh, susahnya nak menulis dengan gaya santai. Lagi aku cuba lagi rigid. Kawan aku panggil aku grammar Nazi. Haihhh
I would love to share this video as a kick-starter I must say. I've been watching this couple (they're husband and husband (?) btw) since last year if I'm not mistaken. They are indeed a super cute couple. Oh anyway, from his accent you could say that Luke is Briton right, meanwhile Vinny is from the Big Apple. Cinta antara benua. *Clap clap*
This video is simple basically. Just a bunch of people sharing their support towards the right to love. BUT, the real issue here is that, who is that Malaysian guy? Ahaaaa ;D