Friday 1 May 2015

On Gibb's Question ;)

Salut à tout!

Entri aku sebelum ini yang berkenaan dengan Andrew telah membawa kepada persoalan daripada En. Gibb yang sengaja nak fleks bisep beliau yang panas itu (mohon jangan marah) di ruangan komen yang berbunyi.


"nape tak cari jejaka malaysia je awak??"


Haaa, satu soalan yang sangat menarik dan aku membuat keputusan untuk buat satu entri tentang isu ini. 

Pada aku, pertamanya adalah disebabkan oleh situasi. Sebagai seorang manusia yang hampir sedekad menghabiskan umurnya bukan di Malaysia, dan dalam masa itu jugalah 'keluar-dari-almari' secara rasmi, dan hanya kembali ke sini tidak pun sampai enam bulan, menjadikan aku belum lagi berjumpa dengan ramai orang - PLU. Jadi, akses aku dalam dunia PLU ini amat terhad, seputar grindr dan aplikasi gay yang lain sahaja. 

Sebenarnya, hal ini sama sahaja dengan situasi semasa aku di sana. Bertemu melalui grindr, berkawan dan bila serasi, terus berkawan.


Keduanya, sikap keterbukaan. Siapa aku untuk menghukum orang, lebih-lebih lagi mengeneralisasikan satu-satu sikap dalam kepada semua orang. Cuma pada aku, menjadi gay ketika berada di luar lebih mudah dan tidak direstriksi dengan pelbagai sekatan dan juga pandangan serong orang sekeliling.

Bukanlah maksud aku menjadi satu keperluan bagi pasangan gay untuk menunjuk-nunjuk kemesraan mereka di khalayak ramai tanpa dicemuh, sebab aku sendiri meluat kalau orang nak menunjuk-nunjuk sangat yang mereka sedang dilamun cinta - tak kira hetero mahu pun pasangan jenis apa sekali pun. 

Cuma, ketiadaan ruang yang terbuka ini sedikit sebanyak menyebabkan pasangan gay tak mampu menzahirkan rasa kecintaan pada pasangannya pada waktu-waktu yang sangat memerlukan. Contohnya macam mana ya, hmmm mungkin sekadar satu pelukan pernghargaan bila dapat berita gembira. Hahaha, tak pandai nak bagi contoh sebab tak pernah bercinta keh keh keh... 


Ketiga, dan yang ini agak mengganggu aku. Keyakinan diri. Bukan tidak ada jejaka Melayu yang meruntun hatiku, tapi aku rasa yang kami tak berada dalam satu liga. Contohnya en. Gibb teeeet :P

Aku fikir aku belum bersedialah, tiada apa untuk dikongsilah, dan sebagainya. Aku berkefahaman bahawa cinta tu adalah tentang memberi. Buat masa ini memang aku belum bersedia untuk itu secara kolektif. Mungkin aku bersedia secara emosi, tapi materialnya hado. haha


Aku ada terjumpa satu video ni, yang pada aku amat menarik untuk belajar macam mana nak pikat orang yang tidak berada dalam liga kita. *wink wink*



Selamat mengambil nota!


Regards,
ME


Ps: Bagi yang pernah, dan berada dalam alam percintaan, boleh tak bagi tips macam mana untuk aku mengorat jejaka Malaya ni. hahaha, bantuan anda amatlah dihargai.








12 comments:

  1. ngorat je macam biasa. hahaha. ajak lepak lepak. tengok movie ke apa ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Shark, jom pegi tengok wayang *wink wink*

      Delete
  2. Bagi Amir Punyer falsafah utk bercinta nowdays adalah, 'like a wate, just follow by the flow'...So my word of advice, apa kata mulakan dengan benda paling simple...let's say...ajak die dinner ker...or watching movie ker...not a date...but more to know him better....and then if okay...boleh follow dengan second dinner ker...maybe outing ker...and put it in your mind ini semua for friendship dahulu...and then see what happen next...kalau ade chemistry, mungkin boleh start luahkan perasaan...if not comfortable yet...just follow the flow...jgn rush...take time k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa, tips yang menarik tu. Ajak pegi wayang ya. Then macam mana kita nak tahu orang tu suka pada kita? Kadang2 lepas meet up pertama tu senyap je krik krik krik...walau pun masa meet up tu dah janji nak keep in touch etc

      Adakah mungkin dia segan nak ajak untuk the 2nd date dan mengharap kita yang mulakan perbualan dulu, atau dia mmg tak berkenan dengan kita? hahah

      Btw, terima kasih Amir untuk pandangan ya :D

      Delete
  3. bagi aku lah, org yang menetap di luar negara lebih byk pengalaman dan pandangannya. nak2 kat sana boleh terima hubungan sejenis.

    aku ni sebenarnya dah putus harapan nak mencari, sbb lelaki gay kat malaysia ni tak best, kurang kualiti (termasuklah aku), hidup suke menunjuk, nak yang hot2 je, lps tu perasan bagus. Jujurnya aku pun sama je macam typical gay yang lain.

    aku tak pernah nampak pon masa depan aku ngan gay yang lain.

    tapi aku mudah mesra dengan lelaki straight, kenangan2 manis aku semuanya dengan lelaki straight. aku mmg takde pengalaman nak ngorat lelaki gay.maybe because i have nothing to offer to them...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Situasi aku dulu agak kompleks jugalah Gibb (hai Gibb, cantik wig *tetiba* :P). Aku bukan bermastautin di negara yang terima hubungan sejenis ni pun, siap kena penjara lagi kalau kantoi. Cuma mungkin sebab aku banyak berjalan dalam tempoh yang agak lama di negara2 yang lagak iberal esp Spain (OMG the best! hahaha), Czech (think about BelAmi :P), the UK dll...

      Aku tak berani nak sentuh lagi tentang individu kat Malaysia ni secara general, jadi aku tak berani cakap adakah orang kita ni kurang best ke macam mana.

      So far, ada beberapa individu kat sini yang aku kenal dan adore, mostly lebih berumur drpd akulah. Fews dah berkahwin, aku memang tolak awal2, tak nak ada komplikasi (ayat tolak bajet hot je lol).

      Apa yang aku fikir ideal untuk aku buat masa ni umur lebih kurang. CUma itulah, untuk cari yang sebaya dan 'tenang' susah sikit. Too much drama to begin with. Mungkin sebab tu aku asyik berjumpa orang around 40s. Tak sure adakah itu actually my taste, atau sebenarnya pilih sebab yang baya2 ni dah pupus. hahaha

      Tentang gang straight ni ya, aku pun alamai perkara yang mungkin lebih kurang sama. Too sweet sampai kita terperangkap dengan kemanisannya lol kan kan.

      Delete
    2. tapi apa pun, just percaya yang jodoh tu sentiasa ada.. baik sama ada dengan lelaki ataupun perempuan.... both ada;ah ujian dari Allah, kita sebagai manusia ini perlu tanganinya dengan bijaksana

      Delete
    3. Bak kata A, it must be something for everything. It happens yang 'jodoh' I belum come across my life je lagi. huhuhu, penantian itu menyeksakan. haha

      Delete
  4. Betul ker lelaki gay yang non-Malaysian lebih cool dan open-minded berbanding lelaki gay Malaysia?

    aku macam nak setuju dengan komen Gibb..gay dekat Malaysia esp. bangsa Melayu ramai yang shallow dan close-minded. Kalau tak memenuhi citarasa terus reject mentah-mentah..nak jadi kawan?..jangan harap laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Men men Kamen! :D

      Haa, setakat yang aku dok perhatikan lah, everyone from anywhere regardless of their nationalities, lebih kurang same je to begin with. Again, kalau take berapa nak hot, tak cukup ketul peks nya, memang marketnya kecik ler. Tak masuk lagi yang jenis anti-Asian, *Strictly No Asian* etc. Dan aku cakap ni dari konteks communication via grindr lah.

      Kalau secara berdepan ni mungkin sedikit berbeza, macam kalau berjumpa kat gay friendly restorant ke, biasanya akan bermula dengan perkenalan yang proper lah kot.

      Berkenaan dgn bangsa Melayu ni, again aku tak berani lagi nak komen. huhu, sebab putting the situation in Malaysia - realistically - hard to find someone who's comfortable enough in their skin. Aku pun, belum berani nak cakap aku gay publicly. Mati. Somehow it doesn't worth a penny pun nak declare our sexuality ini public HERE, coz we know this bring us nowhere.

      Delete
  5. dah lama x kena ngurat.. faktor umo kot.. nk mengurat takot kena reject haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah yelah tu shin, shin tu yang jual mahal :P

      Delete