Thursday 7 May 2015

On the Chains of ... (You Name It)

Apa kabar kawan-kawan blogesfera semua!

Baik.

Amat baik.

Sangat baik.

Oh yessss!


Hidup PLU ini kalau tak dramatik, memang 'tak cukup PLU' lah kan. Aku sekarang sebenarnya tengah bergaduh (tidaklah bergaduh mulut atau mengamuk tarik-tarik rambut) dengan kawan aku, 'si dia' - (aku akan rujuk dia dengan F lepas ini).

F ini aku pernah ceritakan dalam entri surat terbuka yang aku tujukan pada A sebelum ini. (link di sini). Diringkaskan cerita, masa aku berjumpa A secara tidak sengaja dulu, aku dapati bahawa F ini rupanya berkawan rapat dengan A, while in a relationship with Z. Hence, I thought it's inappropriate for me to further my mendam berahi pada A, dan dengan jayanya aku act like aku tak taste pun kat dia, walau pun dalam hati macam nak  -----  je misai dia.

Berbalik kepada isu pergaduhan aku dan F, inilah puncanya. Sila makan popcorn dan nikmatinya. :D

_______________________________


Begini, alkisahnya si Z ni baru-baru ni bercuti ke luar negara. Lebih kurang 10 hari jugalah dia berpergian. Dia baru sahaja sampai ke sini petang tadi.

Sekitar jam 9.30 malam tadi, dia call aku. Daripada nada suara dia, aku dah dapat rasakan yang dia tengah menahan marah, atau menahan diri daripada menangis. Aku buat-buat tak faham, cuba berbasi-basi dengan bertanya kabar, tanya macam mana percutian dia, tempat-tempat yang dia lawati dan lain-lain.

Kemudian, sebagaimana agakan aku, dia pun mulakan sesi interview dengan aku.

"R (aku), I nak tanya dengan you few questions. You know, I am  loyal. And I am very particular dengan barang-barang yang I letak kat dalam rumah ni", dia bermukadimah. "Okay, apa soalannya."

"Soalan pertama, kenapa banyak sangat tuala yang dibasuh, sampai empat helai." Aku pun jawab, "Oh, I guna dua tuala tu, sebab I stay di rumah you twice. Tuala tu dibasuh everytime I balik. So baki dua lagi tu make sense lah kalau dia yang guna kan."

Dia macam berpuas hati dengan jawapan aku.

"Soalan kedua, you guys ada tak pergi beli barang groceries semasa ketiadaan I." kali ini macam serius sedikit nada suara dia. "Ada", aku jawab. "Okay, tadi masa I kemas-kemas dapur tadi, terperasan pula bil Aeon. Dalam tu tertulis yang berlaku pembelian kondom. You ada beli kondom tak?"

Oh shit, kawan aku tu memang ada beli kondom tu dan AKU TAHU! 

Aku pun pura-pura tanya, "kondom apa ya, tak tahu pula?". Man, betul tak apa aku dah cakap ni. Cuba bertenang semula, dan aku tanya dia, "You tak tanya dia sendiri ke?". "Tak sempat lagi nak bertanya." dia kata. Aku masa tu pun fikir, apa yang aku patut cakap ni. Aku bimbang tersalah cakap nanti pecah tembelang pulak kawan aku ni. Dia tanya lagi, "Are you sure you tak tahu? Maknanya dia lah yang beli kondom tu right? I dah cek jumlah kondom dalam simpanan kami, masih sama macam sebelum I pergi. Dia beli yang kotak besar pulak tu! You sure ke you tak tahu dia beli?". "Ya, I tak tahu." Dah alang-alang cakap tak tahu, teruskan jelah.

Kemudian dia kata lagi, "Make sure jangan cakap dengan F yang I call you, tanya you soalan ni dan pasal kondom ni." Aku pun jawab, "Errrr...okay-okay."

Few minutes later, aku terus contact F, "Beb, Z found out yang you beli kondom tu!". "What did you tell him?" dia tanya aku. "I cakap I tak tahu". "Tell him that you know about that, and those are yours!". 

Aku fikir balik, kalaulah aku tiba-tiba bagitahu Z yang aku tahu kewujudan kondom tu selepas dah nafikan berkali-kali, of course lah dia fikir aku cuba nak cover up this thing dan anggap aku ni tak boleh dipercayai. Jadi, aku cakap kat F yang aku tak boleh nak ubah 'keterangan' aku tu sebab nanti lagi dia akan syak bukan-bukan.

F tetap cuba untuk yakinkan aku untuk cakap yang aku tahu, tapi pada aku the damage is already done dan kalau aku mengubah cerita, keadaan mesti akan lagi buruk, dan aku akan terlibat dalam perbalahan mereka.

Then, F text aku, "No more help from me later on. And thanks. Bye." 

Diikuti dengan ini, "Remember, do not tell him anything. It's done. I'll handle this by myself. Thanks, anyway."

Aku sangat pasti dia serius.
_______________________________


F anggap Z sebagai kawan. Z pula menganggap F sebagai kekasih. Mereka masih duduk serumah, tidur sekatil. 

F dalam masa yang sama keluar dengan A tanpa pengetahuan Z. F anggap A adalah his potential future boyfriend. Bagi A pula, tindakannya untuk keluar dengan F tidaklah salah kerana F dan Z bukanlah pasangan kekasih (mengikut kata F).

A dan Z adalah kawan.

Mengikut kata F pula, Z minat A.

Aku pula kenal A tanpa pengetahuan F dan Z.

Fuh, nampak tak betapa kompleksnya  rantaian ni!

Sekarang, ditambah seorang lagi daripada kalangan kawan-kawan mereka yang sedang berkenal-kenalan dengan aku. Sudah berkahwin.
_____________________________


Aku secara peribadi menghormati kawan aku (F), dan disebabkan hal ini jugalah aku sejak dari awal lagi meletakkan tembok antara aku dan A, dan A jelas dengan perkara ini. Not even for hooking up. Sesuka mana sekali pun aku pada A lagilah tak penting, lebih-lebih lagi dengan situasi A dan F kini sedang menunggu masa untuk mendeklarasi hubungan mereka.   

Hum, aku tengah mencari ayat yang sesuai sebenarnya macam mana nak mengakhiri entri ini. Dah dua tiga kali tulis tapi macam kena 'simpan' lagi...

F.

Pada pendapat aku, adalah lebih baik dia berterus terang dengan Z tentang kondisi mereka, supaya tidaklah Z berterusan menganggap bahawa mereka masih dalam satu perhubungan monogami, if not in a relationship at all. Tak adil hanya pihak Z yang bersungguh-sungguh mempertahankan perhubungan itu, sedangkan satu pihak lagi berpoligami di luar sana.

Aku selalu cakap pada dia, tapi yelah, dengan apa yang dia miliki, dia punya kuasa memilih yang besar.

I am not judging by all mean.


Regards,
ME



7 comments:

  1. rumit angat cerita ini. hahahaha. cerita ini da macam cerita gossip girl. berpusing pusing kat orang yang sama je. haha.

    ReplyDelete
  2. yang tang berpusing2 dalam circle y sama tu mmg tak menahan. Macam everyone ada secret y kena disembunyikan from each others. hoho

    ReplyDelete
  3. Pi mai pi mai tang tu jugak..hahaha..realiti dunia PLU.

    Ini laa masalah kalau tak jujur dan telus..banyak berahsia,macam-macam drama muncul...dunia PLU ni bukan besar mana pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayan karenah orang2 yang dah 3 4 series ni kadang-kadang lagi kompleks daripada yang 1 2 series ni. lol *sambil selak profil adik2 manis kat grindr hahhaa*

      How I wish I dapat cerita kat Kamen dan minta Kamen yang tuliskan jalan ceritanya. Mesti lagi dramatik!

      Delete
    2. Laa..dah 3 dan 4 series rupanya..adeh!complicated betul hidup diaorang ni..hahaha

      aku tanak terlibat jadi orang ke-4,ke-5,ke-6 :larimasukalmari:

      Delete
    3. kawan i 2 series, yang lain2 tu 4 series. Yang dah kahwin tu di remang2 senja 3 series. lol

      Kadang i terfikir mungkin sebab dah terlampau mampu, stabil, market tinggi (kena kejar dgn PLU y baru nak up y kiut miut hahaha) jadi pilihan tu banyak sangat. Nak mencicah semua sos orang kata. ahaksss

      Ala kamen, kenapa tak kita berdua je :P *pura2 pengsan*

      Delete
  4. relationship pusing2 ni aku pernah hadapi dulu. i think twice..

    tapi kalau org mcm aku, xla stress sgt, sbb aku jenis yg suke having fun,
    if cinta tu ade, ade la. if xde, ia akan datang nanti...

    cakap kat F, Z dan A, jangan rungsing2 sangat. korang boleh je buat hubungan 3 serangkai. ianya legit dalam kehidupan gay zaman sekarang.

    ReplyDelete